ISTERI DINGIN

November 23, 2009

Seperti juga kaum lelaki yang mengahadapai masalah impotensi wanita juga mengalami yang seumpama sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi atau nafsu seks dingin.

Kalau impotensi pada pihak lelaki merupakan musibah seks mereka begitu pula frigiditi pada kaum wanita merupakan musibah seks kaum hawa. Frigiditi adalah sesuatu keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin dan tak acuh terhadap hubungan seks.

Tugas seorang wanita dalam perkahwinan antara lain memupuk rasa cinta dan kasih sayang di antara kedua mereka untuk mencapai kerukunan dan kedamaian rumah-tangga. Tugas seperti itu boleh berhasil bilamana seorang isteri sanggup dan pandai melayani keperluan suaminya baik dari segi zahir mahupun batin.

Keperluan zahir isteri bukan menjadi persoalan bila suami dapat memberi
perbelanjaan yang cukup. Akan tetapi persoalannya merupakan aspek batiniah isteri. Mengapa demikian? Ketahuilah bahawa keperluan batiniah ini merupakan keperluan seks dan isteri memainkan peranan penting sebagai faktor yang mempengaruhinya.

Seorang suami perlu menyalurkan libido seksnya dengan wajar dan tenang. Sebab itulah lelaki mengikatkan diri hidup dalam perkahwinan dan dengan itu mahu menaanggung risiko menyara kesemua keperluan isterinya. Sebagai imbalannya, pihak isteri patutlah melayani dan berusaha memberi keperluan seks kepada suaminya dengan baik dan memuaskan. Ini merupakan tugasnya dan dia tidak patut mengabaikannnya.

Timbul pula tanda tanya samaada tugas itu dapat dilaksanakan bila seorang isteri itu frigid atau nafsu seksnya dingin. Seorang wanita yang frigid dia tentu tidak dapat melaksanakan tugas seksnya dengan baik.

Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai jijik dan tidak menyelerakan lantas tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai perkara yang memuakkan dirinya.. Dia tidak boleh menikmati hubungan seks dan tidak dapat menghargai belaian dan pujuk rayu suaminya. Dia juga tidak mampu mencapai orgasme. Tegasnya kehidupan seknya sudah menjadi
tidak normal seperti orang lain. Dia mengalami masalah frigiditi.

Menurut bentuk dan sifatnya frigiditi pada wanita itu ada dua kemungkinan. Pertama, frigiditi sementara sedangkan yang kemungkinan kedua frigiditinya bersifat mutlak. Frigiditi mutlak jarang sekali berlaku. Jenis ini merupakan yang lumrah menimpa para wanita. Frigiditi ini bersifat sementara.

Baca baki entri ini »


8 RAHSIA PETUA MELAYU LAMA – (Istimewa Untuk Wanita)

November 23, 2009

Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

———————————————————————————————

1. Bangkit Bersambut

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

———————————————————————————————

2. Wajah Suci

Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

———————————————————————————————

3. Menyegarkan Payudara

Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

———————————————————————————————

4. Taman Semerbak

Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

———————————————————————————————


5. Lubang Jarum

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

———————————————————————————————

6. Suara Perindu

Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

———————————————————————————————

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.

———————————————————————————————

8. Payudara Montok

Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.


:: HUKUM NIKAH :: Suami JANGAN Ikut Sedap Mulut…

November 9, 2009

2_229

Surah Al-Baqarah pada ayat 229 (2:229) menyatakan: “……Berbaiklah dengan cara yang maaruf atau bercerailah dengan cara yang baik,”.

Pasangan yang mahu bercerai haruslah memutuskan ikatan perkahwinan tersebut dengan cara yang baik. Ini adalah amat penting kerana walaupun ikatan perkahwinan tersebut terlerai, hubungan kekeluargaan antara yang seagama masih lagi wujud. Ini terutama sekali apabila terdapat anak-anak hasil perkahwinan tersebut. Ibu bapa haruslah jujur dan mementingkan tanggung jawab masing-masing terhadap anak mereka.

Ramai para suami melafazkan talak dalam keadaan sedang berang. Kajian sememangnya telah menunjukkan bahawa kebanyakan talak dilafazkan oleh suami ketika dalam keadaan marah.

Ada juga yang bergurau senda dengan ucapan atau lafaz talak. Malah ada yang menganggap dirinya berkuasa penuh sehingga bisa menjadikan talak tersebut sebagai ugutan yang memicu taklik.

Ada satu kisah dimana seorang suami bertengkar dengan si isteri kerana isterinya enggan mengurus keuangan keluarga. Padahal, uang juga tidak punya. Seperti yang kita tahu bahawa urusan keuangan keluarga itu bukanlah tanggungjawab isteri. Tetapi si suami tetap bersikeras memaksa isterinya untuk mengurus uang yang belum ada. Sehingga si suami memberi kata 2 kepada isteri.

“Kalau kamu mahu mengurus keuangan kita, bererti kamu mahu rumahtangga ini tetap utuh, seandainya kamu memilih sebaliknya, maka sebaliknya akan berlaku” Dengan itu si iateri bertanya, “Apakah maksud kamu dengan sebaliknya akan berlaku? Apa kamu berikan saya Taklik untuk jatuhnya talak bagi saya?” suaminya dengan ego menjawab, “Ya, saya berikan kamu taklik.” Si isteri lalu diam beberapa menit, dan akhirnya si isteri memilih untuk tidak mengurus keuangan keluarga. Kerana si isteri mengetahui bahawa mengurus keuangan tu bukanlah tanggungjawab seorang isteri. Apa yang terjadi selepas itu? Talak jatuh dan suaminya kemudian menangisi keputusan dan kata-katanya.

Para suami perlu maklum bahawa untuk jatuh talak ke atas isteri, apa yang perlu dilakukan adalah pelafazan talak tersebut. Ia bukanlah perkara yang boleh dipermainkan atau diambil ringan. Suami mempunyai tanggung jawab ke atas isteri dan keluarga dan seharusnya hanya melafazkan talak dengan cara yang berhemah.

Cara yang berhemah ini adalah melafazkan talak di dalam Mahkamah Syariah.

Di dalam kes yang mana suami telah melafazkan talak di luar Mahkamah Syariah, sama ada secara lisan, tulisan, taklik ataupun sindiran, talak tersebut akan jatuh sekiranya ia jelas atau terang (sarih).

Walaupun begitu, hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan talak tersebut. Ini juga adalah kerana mahkamah mampu untuk melakukan penyiasatan bagi memastikan sama ada lafaz talak suami adalah sah mengikut hukum syarak. Suami dan saksi-saksi akan dipanggil untuk memberi bukti ke mahkamah. Mahkamah juga akan melihat kepada rukun-rukun perceraian atau talak.

Sebagai isteri pula, apabila keliru dengan ucapan suami yang seakan-akan menjatuhkan talak, haruslah dengan segera merujuk ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan kepastian mengenai kedudukan rumah tangga kalian. Perkara ini boleh dilakukan sendiri dan tidak perlu menunggu suami. Sila juga bawa sijil nikah yang asal bagi tujuan permohonan pengesahan.

Sekiranya talak telah jatuh, maka proses untuk berbaik semula adalah dengan cara rujuk.

Oleh kerana sebab ini juga adalah amat perlu bagi para isteri untuk memastikan sama ada talak telah jatuh bagi kali pertama atau kedua. Talak satu dan dua adalah berupa talak rajie iaitu talak yang boleh dirujuk.

Talak bagi kali ketiga tidak boleh dirujuk sehingga isteri berkahwin lain. Isteri harus menjalankan tanggung jawab sebagai isteri dan kemudiannya diceraikan dengan kerelaan tanpa paksaan. Kemudian barulah suami pertama boleh berkahwin semula dengannya dengan akad nikah dan mas kahwin yang baru.

Para isteri haruslah memaklumkan kepada Mahkamah Syariah mengenai lafaz atau ucapan suami tersebut.

Melafazkan talak di luar mahkamah adalah bertentangan dengan undang-undang. Sekiranya suami tersabit atas kesalahan ini maka beliau boleh dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini selaras dengan Seksyen 124 Akta.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.