Anak TIDAK SAH TARAF


bayi-from-god1

Anak luar nikah juga dipanggil sebagai anak tak sah taraf. Ia boleh didefinisikan sebagai anak yang telah dilahirkan di luar nikah dan bukan anak daripada persetubuhan syubhah, iaitu persetubuhan yang sah dari segi akad nikah.

Walaupun begitu, zuriat yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan yang sah adalah suci daripada dosa seperti bayi lain. Ini kerana tidak ada anak yang dilahirkan ke dunia ini berstatus haram.

Ini berlainan daripada anggapan masyarakat kita yang seolah-olah memandang rendah kepada anak ini. Bukan salah anak tersebut kerana dilahirkan di dalam keadaan begitu. Oleh itu haruslah prihatin mengenai perkara ini.

Kita boleh merujuk kepada hadis yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) dan ibu bapa yang mencorakkan kehidupan mereka sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.”

anak-islam-2

Tanggapan masyarakat yang mempunyai pengetahuan yang cetek, sentiasa menyebabkan timbulnya tanggapan buruk bahawa anak itu tidak suci. Jika kita lihat hadis tersebut ternyata bahwa anak itu adalah suci.

Ibu bapa yang akan bertanggungjawab untuk menjaga dan seterusnya membentuk anak tersebut. Walaupun dia lahir bukan di dalam situasi perkahwinan ini tidak mencorakkan kehidupannya.

Oleh yang demikian, mereka mempunyai hak seperti anak-anak lain. Anak tersebut patut dilayan atau dianggap seperti anak kandung sendiri. Dia tidak menanggung dosa ibu bapanya.

Allah sudah menjelaskan dalam firmannya

35_18

yang bermaksud: “Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulnya untuknya sedikitpun walaupun (yang dipanggil itu) kaum kerabatnya.” (Surah Faathir Ayat 18).

dogumngsoci

Maka jelaslah kedudukan anak luar nikah itu suci dan begitu juga keturunannya, selagi mereka tidak terbabit dalam perlakuan yang boleh mencemar status mereka sebagai umat yang beriman kepada Allah.

Sesiapa yang beramal soleh akan diberi balasan baik kerana penilaian Allah terhadap hamba-Nya berdasarkan iman serta ketakwaan mereka.

Perlukah anak luar nikah diberitahu mengenai asal-usulnya? Dari perspektif Islam, kesucian anak itu perlu dipelihara dengan sebaiknya kerana mereka tidak bersalah dan mengetahui hal sebenar boleh mendatang kesan tidak baik kepada mereka.

Selain itu, ini adalah untuk mengelakkan daripada menerima hakikat bahawa dirinya adalah anak luar nikah, berdasarkan masyarakat yang akan memberi tekanan apabila mengetahui kisah sebenarnya.

Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, anak luar nikah perlu diberitahu perkara sebenar bagi mengelak timbul masalah lain yang lebih besar, terutama dalam hal membabitkan pernikahan serta pemberian harta pusaka.

Jika anak perempuan apabila tiba masa anak itu bernikah, beliau berkemungkinan besar tidak boleh diwalikan oleh bapanya. Tiada masalah perwalian bagi anak lelaki.

anak-pintar

Dari segi perundangan syariah, status anak tersebut akan memberi kesan terhadap pembahagian secara faraid yang dijalankan di negara kita.

Dalam kes ini, anak tak sah taraf bukanlah seorang waris yang tersenarai dalam hukum faraid. Oleh itu anak tersebut tidak akan mendapat pembahagian di bawah faraid.

Maka ibu bapa hanya boleh mewasiatkan harta benda yang nilainya tidak melebihi satu pertiga daripada nilai jumlah keseluruhan harta benda kepada anak tersebut.

Sekiranya harta benda yang diwasiatkan di bawah wasiat tersebut didapati lebih daripada satu pertiga nilai keseluruhan harta benda pemberi wasiat, maka waris-waris yang sah boleh memohon untuk mengeluarkan sebahagian harta benda yang terkandung dalam wasiat tersebut supaya nilai yang diberi tidak melebihi had satu pertiga daripada jumlah harta.

Boleh dilihat di sini bahawa anak tersebut berkemungkinan boleh mendapat pembahagian yang lebih besar daripada adik-beradiknya.

Sekiranya ibu atau bapa tidak ingin memberi wasiat kepada anak tersebut, pemindahan harta benda yang tertentu boleh dilakukan semasa hayat. Proses pemindahan harta benda ini boleh dilakukan dalam beberapa cara.

Contohnya, secara pemindahan harta menerusi prosedur di bawah Kanun Tanah Negara 1965 atau menggunakan hibah atau wakaf.

Perlu diterangkan di sini bahawa tiada halangan bagi bapa untuk bertanggungjawab ke atas anak tersebut dengan menyara perbelanjaan kehidupan anak.

783452355l

Anak itu perlu diberi nafkah yang secukupnya. Tanggungjawab tidak seharusnya berubah hanya kerana anak tersebut tidak dilahirkan di dalam perkahwinan. Bapa tidak seharusnya lepas tangan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

LOVE is CINTA

.:: Karena CINTA Kita Selalu Ada ::.

Yogi Cahyadhi

I am what I am. If you don't like me, turn your head and walk away. My blog = MY RULES! || --- >

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

Aiendyu.com

Awalnya tentang semua rasa antara aku dan kamu, akhirnya berubah absurd

Didik Rahmadi

Aku menulis untuk ku ingat kembali

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel

Home Five

Selamat Datang , Silahkan Menikmati Yang Ada Di Sini !!!

Agnez Simple But Incredible

A fine WordPress.com site

Aku malu

Aku malu karena blog ini banyak kekurangan-nya

Grafik Malaysia for You

Rekabentuk Grafik Kreatif Perniagaan Anda!

ztech87 Studio

Rekabentuk Kreatif Anda!

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

Tentang Cinta (LOVE)

Kerana Cinta, Kita Wujud Di Dunia

CINTA

.:: PerCINTAan & Pernikahan ::.

Darvish

"I will walk a thousand leagues in falsehood, that one step of the journey may be true." - Junayd

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 117 other followers

%d bloggers like this: