Perkahwinan bukan sahaja memenuhi naluri manusia iaitu dari segi perhubungan fizikal dan psikologi tetapi ia juga merupakan satu perjanjian atau persefahaman yang kuat (Surah Nisa(4) Ayat 21).

Seperti perjanjian yang lain, ia juga perlu memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain. Dari segi perundangan, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi.
Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin.
Ia bukan bertujuan untuk menyusahkan atau memperlekehkan niat pasangan.
Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia.
Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.
Prosedur yang berlainan ini juga tergantung kepada situasi warga tersebut.
Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama.

Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-
(i) Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan);
(ii) Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon (bagi kes saudara, Kedutaan Indonesia);
(iii) Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia;
(iv) Surat Akuan Cerai atau Surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya);
(iv) Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami);
(v) Surat wakalah wali (bagi wanita); dan
(vi) Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.
Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin.
Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.
Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan.
Sekiranya bakal isteri/suami adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.
Sila kemukakan juga salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk; dan Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.
Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.
Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.
Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini.
Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.
Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut.










Assalamualikum,
Saya bercadang untuk bernikah bersama pasangan saya dari Yemen yg bermastautin dan berkerja di Saudi Arabia pada bulan November ini.
Dia sudah pun beristeri dan berhasrat untuk menikahi saya sebangai isteri keduanya. Adakah tunang saya perlukan surat kebenaraan dari isterinya jika dia berpoligami dengan saya.
Apakah Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia? Bolehkan saya memohon bagi pihaknya. Untuk pengetahuan tuan/puan, tunang saya kerapkali ke Malaysia dan kemasukannya ke Malaysia adalah berdasarkan “visa on arrival” adakah dia masih memerlukan surat keterangan dari Jabatan Imigresen.
Surat dari kedutaan Yemen di Saudi, kepada siapakan surat itu harus ditujukan di Malaysia? Bolehkan tunang saya bernikah dengan saya tanpa mendapatkan surat kebenaraan dari isterinya di Saudi Arabia?
saya harap pihak tuan dapat membantu.
salam. saya ada soalan. untuk sijil perkhawinan tu, hanya untuk rakyat malaysia saja ke atau rakyat asing perlu ada sijil perkhawinan dia juga? kalau perlu, dia kena ada sijil perkhawinan dari malaysia ke negara asal nya? ke dia tak perlu sijil perkhawinan?
saya beragama islam warganegara pernah berkahwin sebelun ini(bercerai)dan ingin berkahwin utk kali kedua dengan pasangan dari Australia,dokumen dan proses apa yg harus di lalui? Terima Kasih.
saya nak tau bagaimana nak berkahwin dng warga negara indonesia, saya seorang janda dan dia seorg duda. dia bukan lah bekerja di malaysia tapi bekerja di indonesia.
Waalaikumsalam warah matullahi wabarakatuh….
Anita, mudah2an jawaban saya isa membantu ya.
Dokumen Pasangan Dari NEGARA PASANGAN BERASAL :
- Salinan Pengenalan Diri & Paspor
- Surat Keterangan Diri dari PIHAK BERKUASA AGAMA NEGARA ASAL
- Surat Pemohonan Menikah di luar Negeri
- Surat Kebenaran Berkahwin
- Bagi pemohon DUDA/JANDA – sertakan surat AKUAN PERCERAIAN atau SIJIL KEMATIAN & SIJIL NIKAH
- Bagi pemohon POLIGAMI – sertakan surat AKUAN KEBENARAN DARI ISERI & SIJIL NIKAH
- Surat Kebenaran dari KEDUTAAN KONSULAT DI MALAYSIA
### PASTIKAN SEMUA DOKUMEN ANDA JUGA SUDAH LENGKAP. SILA BELI BORANG PERNIKAHAN ANDA DI PEJABAT AGAMA ISLAM YANG BERDEKATAN .
Dokumen Pasangan anda yang harus didapatkan dari MALAYsia :
- KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM – SIJIL
- BORANG PEMERIKSAAN HIV dan PEMERIKSAAN dilakukan DI KLINIK/HOSPITAL KERAJAAN
- Dapatkan SURAT MOHON PENGESAHAN PASPORT
- Dapatkan PENGESAHAN PASPORT di JABATAN IMIGRESEN di DAERAH ANDA (MALAYSIA)
- Ke bahagian UNDANG_UNDANG SYARIAH Di tempat ANDA – Dapatkan Surat Kebenaran Menikah
- Bawa semua dokumen anda & pasangan ke PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH – Submit dokumen anda dikaunter semakan dan sesi temubual
apabila sudah lengkap/ borang 3 (KEBENARAN BERKAHWIN) dikeluarkan
- Kemudian and MUKIM TEMPAT PERNIKAHAN UTK URUSAN SELANJUTNYA (Akad Nikah)
NASIHAT : sebagai seorang wanita pastinya anda tahu bagaimana sakitnya apabila mengetahui anda akan di madu, ya kan??? jadi saya berharap anda dapat memikirkan semua tindakan anda sebelum memulakan sesuatu bagi hidup anda kedepannya. dan jangan seskali anda merasakan menjadi isteri kedua/ketiga itu mudah dan seperti air mengalir sahaja. Masalah hati dan perasaan serta kasih ayang anda pertaruhkan untuk ini. tak kurang kesabaran dan mungkin lebih banyak lagi permasalahan lainnya. Jadi tolong anda fikirkan baik2 dan lakukanlah solat Istikharah. Sekian
salam,
Dokumen Pasangan Dari NEGARA PASANGAN BERASAL/WARGANEGARA ASING :
- Salinan Pengenalan Diri & Paspor
- Surat Keterangan Diri dari PIHAK BERKUASA AGAMA NEGARA ASAL
- Surat Pemohonan Menikah di luar Negeri
- Surat Kebenaran Berkahwin
- Bagi pemohon DUDA/JANDA – sertakan surat AKUAN PERCERAIAN atau SIJIL KEMATIAN & SIJIL NIKAH
- Bagi pemohon POLIGAMI – sertakan surat AKUAN KEBENARAN DARI ISERI & SIJIL NIKAH
- Surat WAKALAH WALI bagi perempuan (JIKA WALI TIDAK BISA HADIR SEMASA PERNIKAHAN)
- Surat Kebenaran dari KEDUTAAN KONSULAT DI MALAYSIA
### PASTIKAN SEMUA DOKUMEN ANDA JUGA SUDAH LENGKAP. SILA BELI BORANG PERNIKAHAN ANDA DI PEJABAT AGAMA ISLAM YANG BERDEKATAN .
Dokumen Pasangan anda yang harus didapatkan dari MALAYsia :
- KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM – SIJIL
- BORANG PEMERIKSAAN HIV dan PEMERIKSAAN dilakukan DI KLINIK/HOSPITAL KERAJAAN
- Dapatkan SURAT MOHON PENGESAHAN PASPORT
- Dapatkan PENGESAHAN PASPORT di JABATAN IMIGRESEN di DAERAH ANDA (MALAYSIA)
- Ke bahagian UNDANG_UNDANG SYARIAH Di tempat ANDA – Dapatkan Surat Kebenaran Menikah
- Bawa semua dokumen anda & pasangan ke PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH – Submit dokumen anda dikaunter semakan dan sesi temubual
apabila sudah lengkap/ borang 3 (KEBENARAN BERKAHWIN) dikeluarkan
- Kemudian and MUKIM TEMPAT PERNIKAHAN UTK URUSAN SELANJUTNYA (Akad Nikah)
salam linda,
prosesnya untuk anda sama seperti pernikahan yang pertama. untuk pasangan agak berbeza. (sila baca artikel diatas)
sekian terima kasih
assalamualaikum…sy warganegara m’sia.sy ingin berkahwin dgn lelaki warga indonesia.tp dia pemegang permit kerja dibwh 1 syrkt..dia berniat utk mmbuat k/p di m’sia.apa perlu dia mmbuat k/p dulu baru dibenarkan menikahi sy?
Salam,
Saya adalah seorang mualaf dan bercerai. kini saya ingin berkahwin untuk kali kedua tetapi pasangan saya ialah warga pakistan. apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pihak lelaki dan pihak perempuan agar memudahkan proses perkahwinan ini?
Salam….
sy ada perancangan untuk bernikah brsama warga dr Bangladesh.Apa yang sy ingin tahu di sini ialah, selepas bernikah, pasanagan sy harus kembali ke negara asal beliau selama 6 bulan kerana beliau masuk ke negara ini atas permit pekerjaan. Sekiranya selepas temph 6 bulan(cooling period), sekiranya beliau ingain kembali semula ke Malaysia dan mendaftar di jabatan inigresen sebagai suami, perlukah beliau mendapatkan visa bru atau beliau hanya perlu menggunakan visa yang sedia ada?
Sebelum ini sy sudah pernah menikah dan sudah bercerai, perlukah sy mendapatkan surat wakalah wali?
harap cik dapat memberikan maklumat penuh dan terperinci untuk permasalahan saya ini…Terima kasih
hi saya nak tanya, saya warga indonesia bekerja di malaysia permit saya pekerja kebun, sekarang saya nak kawin dengan warga negara malaysia sabahan, macam mana prosesnya tu saya pergi jais mereka kata saya perlu batalkan permit kerja terdahulu, boleh tolong jelaskan apa patut saya buat. sekian terima ksh
saya nak kahwin dengan kekasih saya tetapi permit dia belum habis lagi macam mana sya nak buat perlu ka sya tunggu.. kemudian sekiranya pemit dia nanti habis blh kh berkahwin dengannya nanti….
apakah dokumen yang perlu sya buat utk kahwin dgn warganegara asing yg maseh berpermit ataupun tempoh permit abis sdah… perlu kah saya berjumpa dengan pihak imigresen….
assalamualaikum.
saya husin dari kl berhasrat mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis yang berasal dari Vietnam dan bukan beragama islam. Dia adalah penuntut di sebuah kolej di ibukota. Dia sedia untuk memeluk agama islam tanpa sebarang paksaan dan bantahan dari keluarganya.kerana kami sememangnya sudah suka sama suka. soalannya, apakah yang harus saya lakukan dari peringkat awal? adakah ianya terlalu rumit?