:: WANITA :: Utusan Buat Kalian

Ogos 24, 2009

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki, kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda :

Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak permpuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kearana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

3y7ulg2

5. “Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullullah SAW) didalam syurga”.

6. Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah SYURGA.

7. Daripada Aisyah r.a :

Barang siapa yang di uji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan, semua beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

12. Aisyah r.a berkata :

Aku bertanya kepada Rasullullah SAW, “siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullullah SAW : “Ibunya”

13. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari itu dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

# Subhanallah… betapa istimewanya seorang wanita sepertimana yang dicatatkan… Bahagiakah seorang WANITA…?


:: WANITA :: Mulianya seorang WANITA

Ogos 24, 2009

wanita-solehah

Ukhti fillah!!.
Engkau adalah bunga kehidupan!!
Teramat sayang memperlakukanmu dengan kasar karena hal itu akan merposakkan keindahan yang ada dalam dirimu dan menodai kesempurnaannya sehingga menjadikannya layu tak berseri. Allah telah memuliakanmu, mensucikanmu dan mengangkat darjatmu dalam agama ini, kerananya raihlah ia dengan memupuk ketaatanmu pada-Nya, merajut benang-benang kehidupanmu diatas jalan Allah dan manhaj Rasul-Nya agar kebahagiaan tak pernah jemu menghampirimu. Ingatlah selalu firman-Nya :

33_71

“Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar�” (Al-Ahzab : 71).

Perhatikan danpastikan selalu dalam hatimu, bahwa berjalan diatas kebenaran (sunnah) ibarat memegang bara api, banyak aral dan ringtangan yang menghalangimu. Lihatlah keluar, musuh kita bersatu padu untuk memusnahkan kita. Dengan segenap daya dan upaya mereka ingin agar kita melepaskan pakaian akhlak dan rasa malu dari diri kita, sehingga mereka lebih berleluasa merongrong agama ini. Aku tidak ingin, dirimu dan juga diriku (dengan izin Allah) menjadi korban serigala serigala liar itu.

Kerana itu palingkan wajahmu dari mereka dan sambutlah dengan penuh suka cita jalan kebenaran yang ditawarkan Allah dan Rasul-Nya. Peganglah tali kendali itu dengan sekuat tenaga kederatmu agar tidak jatuh dalam kehancuran. Buatlah mereka marah dan sedih dengan keteguahnmu berpegang pada agamamu, dengan menjaga rasa malumu dan beriltizam dengan hijabmu.

Ukhti fillah!!.
Sesungguhnya mereka iri hari dengan apa yang kita miliki, wanita-wanita mereka tela terperosok jauh alam kubangan dosa, kehinaan dan maksiat sehingga tidak lagi yang bia diharapkan. Sedangkan engkau??? Engkau adalah wanita berkedudukan tinggi, engkau wanita dengan kemuliaan, kesucian dan kehormatan yang tinggi. Kedudukanmu tinggi kerana Al-Quran, engkau mulia dengan iman dan suci kerana engkau berpegang teguh pada agama ini.

Oleh kerana itu engkau adalah mutiara yang teramat mahal, tidak sembarang orang boleh menyentuhnya apalagi menyakitinya. Itulah kelebihan dan keistimewaan yang tidaka kan kau dapati selain dalam agama ini.

Maka wahai ukhti fillah Al Afifah, yang senantiasa solat dan sujud kepada Dzat Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurus makhluknya, dan menundukkan pendengaran dan penglihatan untuk-Nya, cukuplah hadits Rasullullah berikut sebagai penyejuk hati :

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.� (HR. Muslim)

Ya, engkau adalah sebaik-baik perhiasan dunia, engkau adalah harapan agama, yang diharapkan dapat melahrkan generasi robbani. Perhiasan itu tidak mudah didapat, harganya terlalu mahal dan menjaganya pun tidaklah mudah. Setiap abdi Allah ingin mendapatkannya, namun tidak semua bias memilikinya. Ia memberikan kesejukan dikala hati gersang dan menyegarkan pandangan dikala mata suram. Perhiasan dunia itu, dalam kehidupannya senantiasa menampakkan kemuliaan durinya. Bagaikan sekuntum mawar yang sedang mekar, harumnya tergambar dari peribadinya yang santun. Tunduk pandangannya, tegas bicaranya.

Sedikitpun tidak ada keraguan jika meninggalkannya dirumah. Ia menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dan senantiasa menjaga kehormatan diri dan suaminya. Dalam kehidupan sehari-hari senantiasa diselimuti prestasi. Ia tahu mana kegiatan yang disukai Rabbnya, untuk itu ia tidak pernah putus asa. Ia senantiasa menjaga kesucian dirinya. Tidak mudah mengeksploitasi diri dan kehormatannya, apalagi hanya sekadar menggodanya. Kerana ingatlah selalu, bunga istimewa hanya untuk yang istimewa.

Ukhti fillah!!
Itulah gambaran tentang dirimu. Sungguh teramat agung kedudukanmu. Maka senantiasalah bersyukur kepada-Nya atas semua kurnia, rahmat dan petunjukNya. Takutlah engkau pada Allah dan laksanakan tugas-tugas yang Dia wajubkan kepadamu agar engkau termasuk dalam golongan hambaNya yang selamat dan bahagia di dunia maupun di akhirat. Bertaqwalah kepada Allah, semoga Allah memberikanmu taufiq kepada apa-apa yang dicintai dari apa-apa yang engkau dengar dan engkau baca.


:: Wanita:: Dicipta Untuk Dilindungi

Ogos 24, 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Allah SWT tidak menciptakan wanita itu dari kepala lelaki untuk dijadikan atasannya. Tidak juga Allah SWT ciptakan wanita itu dari kaki lelaki untuk dijadikan bawahannya. Tetapi Allah SWT menciptakan wanita itu dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk di lindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintanya�. Subahnallah�

783452355l

Allah tidak menciptakan wanita sebagai komplementer atau sebagai barang substitusi apalagi sekadar objek buat lelaki. Tetapai Allah menciptakan wanita itu sebagai teman yang mendampingi hidup Adam tatkala kesepian disurga. Juga allah ciptakan wanita itu sebagai pasangan hidup kaum adam yang akan menyempurnakan hidupnya sekaligus sebab lahirnya generasi, disamping tunduk dan beribadah kepada Allah SWT tentunya.

Ia bagaikan sekuntum bunga terpelihara, tidak semua kumbang bias menghisap madunya. Lemah lembutlah dalam memperlakukannya� kerana kalau tidak ia bias seganas serigala.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.