:: HUKUM NIKAH :: Mas Kahwin dan Hantaran


Pemberian mas kahwin atau juga dikenali sebagai pembayaran mahar, adalah pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar oleh suami kepada isterinya.

Di dalam surah an-Nisa, ayat 24, Allah telah berfirman bahawa:

an nisa 24

“Carilah isteri dengan harta mu untuk dikahwini bukan untuk berzina. Maka isteri yang kamu nikmati, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajipan; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakan, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Pembayaran mas kahwin ini akan dilakukan semasa akad nikah. Ia boleh berbentuk wang atau sesuatu yang boleh dinilai dengan wang. Contohnya, jika seorang wanita tidak mahukan mas kahwinnya dalam bentuk wang, dia boleh menentukan agar barang kemas dianggap sebagai mas kahwin.

mas-kahwin

Dalam masyarakat kita hari ini, adalah menjadi kebiasaan memberi mas kahwin dalam bentuk wang tunai dan dibayar semasa akad nikah. Bayaran ini tidak semestinya dilakukan secara tunai pada satu masa, kerana ia boleh dibayar secara hutang. Ini bermakna bahawa bayaran mas kahwin tersebut adalah tertunggak pada waktu yang ditentukan.

Begitupun, jika dilihat wang mahar yang telah ditetapkan oleh sebahagian kerajaan negeri, ia adalah agak kecil. Seperti di Malaysia, Perundangan syariah di negara itu adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa perkara-perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu anda akan mendapati bahawa wang mahar yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.

Maka adalah baik sekiranya bayaran mahar adalah menurut kadar ketetapan kerajaan, agar ia dibayar tunai secara langsung. Ini juga kerana mengambil kira salah satu syarat dalam perkahwinan agar si suami mampu untuk menyara bakal keluarganya.

Dengan mengambil kira kadar ketetapan yang kecil ini maka adalah boleh bagi suami yang mampu berkahwin untuk tidak berhutang maharnya.

Sekiranya mas kahwin telah tertunggak ia akan dianggap sebagai hutang dan perlu dibayar oleh suami. Jika terjadi perceraian di antara pasangan dan isteri masih belum dibayar mas kahwin maka isteri boleh menuntut bayaran tersebut.

Begitu juga sekiranya suami meninggal dunia sebelum melangsaikan mas kahwin. Isteri boleh menuntut haknya daripada harta pusaka sebelum dibahagikan di antara waris.

Walaupun pihak negeri telah menetapkan bayaran mas kahwin, ia adalah sebagai kadar minimum yang perlu dibayar oleh suami. Suami boleh membayar mas kahwin yang lebih tinggi.

Rujukan boleh dilakukan ke atas Surah an-Nisa pada ayat 4 :

an nisa 4

“Dan berikanlah kepada perempuan (di atas perkahwinan mereka) mas kahwin sebagai pemberian ikhlas, tetapi jika mereka dengan tulus hati memulangkan apa-apa bahagian daripada mas kahwin itu hendaklah diterima dengan hati yang lapang dan ikhlas.”

Seorang isteri adalah berhak ke atas mas kahwinnya. Ia merupakan hak mutlak dan tidak boleh disentuh oleh suami melainkan jika isteri merelakan suami menggunakannya seperti yang tersebut di dalam ayat di atas.

Sememangnya terdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada isteri.

Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya. Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan dengan mas kahwin.

hantaran

Secara amnya, dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin. Ia bertujuan mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis perkahwinan.

Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang kini bakal menjadi pasangannya. Jadi, sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada pihak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.

Bakal suami boleh memberi mas kahwin melebihi kadar minimum yang ditetapkan dan terpulang kepada isteri untuk menggunakan mas kahwin tersebut.

One Response to :: HUKUM NIKAH :: Mas Kahwin dan Hantaran

  1. sekadar renungan..terjawab semua persoalannya…..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.