:: HUKUM NIKAH :: Rujuk – Isteri Harus Setuju


rujuk

Apabila berlaku persengketaan di dalam perkahwinan adalah baik sekiranya pasangan dapat berbincang mengenai masalah yang mereka hadapi dengan cara dewasa dan tidak menyalahkan mana-mana pihak. Sekiranya perbincangan di antara dua belah pihak gagal maka keluarga masing-masing boleh dibawa sebagai pengantara.

Rujukan boleh dilakukan ke atas Surah an-Nisa’ ayat 35 (4:35)

an nisa 35

yang bererti:

“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka (Suami-isteri) maka lantiklah: orang tengah, seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan; jika kedua-dua `orang tengah’ itu bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.”

Terdapat dua perkara yang puan telah timbulkan di sini iaitu:
1. Pengesahan perceraian lafaz suami; dan
2. Rujuk.

Perceraian haruslah dilakukan dengan cara yang berhemah dan menurut undang-undang sedia ada iaitu dengan melafazkan talaq di dalam mahkamah syariah. Ada kes perceraian yang telah berlaku antara isteri dan suami di luar mahkamah dan dengan tanpa kebenaran. Perceraian sebegini adalah merupakanakan satu kesalahan menurut Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuah dan suami boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Isteri haruslah memohon kepada Mahkamah untuk mengesahkan perceraian yang telah berlaku tersebut. Apabila mahkamah telah mendapati bahawa perceraian yang berlaku di luar mahkamah itu adalah sah dan sabit maka barulah timbul isu berkenaan rujuk.

Perlu diingat bahawa adalah menjadi kewajipan bagi pasangan yang bercerai di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah untuk memohon bagi mengesahkan perceraian tersebut secepat mungkin.

Rujuk adalah satu proses di mana suami dan isteri berbaik semula setelah berlakunya perceraian. Suami hanya boleh merujuk kembali bekas isterinya sekiranya isteri dicerai dengan talak satu atau talak dua. Ia juga dikenali sebagai talak rajie. Surah al-Baqarah ayat 229 telah menyatakan:

al-baqarah 229

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia rujuk memegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya dengan cara yang baik.”

Sekiranya suami menceraikan isteri dengan talak tiga maka mereka hendaklah dinikahkan semula dengan syarat bekas isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain, bercerai dan habis tempoh idahnya. Setelah itu barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya. Isteri haruslah di dalam tempoh perkahwinannya yang baru menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan perceraian yang berlaku haruslah bukan dengan paksaaan. Perkahwinan ini seharusnya bukanlah sesuatu yang dirancang bagi memperolok-olokkan peraturan rujuk.

Bagaimanpun perlu dinyatakan di sini bahawa rujuk hanya boleh berlaku di dalam tempoh iddah rajie dan bukan di luar tempoh iddah. Tempoh iddah bagi seorang wanita adalah selama tiga kali suci dari haid. Ini adalah menurut Surah al-Baqarah ayat 228. Ia menyatakan bahawa:

al-baqarah 228

“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika mereka bertujuan untuk berdamai…”

Apabila pasangan yang telah bercerai mahu rujuk kembali maka pihak isteri haruslah menyetujui rujuk tersebut. Seorang suami tidak boleh menganggap bahawa oleh kerana suami mahu rujuk maka ia akan terjadi secara otomatik. Isteri haruslah bersetuju ke atas rujuk tersebut. Sekiranya isteri tidak bersetuju maka tiada rujuk bagi pasangan tersebut.

Walaubagaimanapun jika pihak isteri tidak bersetuju untuk dirujuk semula maka Mahkamah boleh melantik jawatankuasa pendamai untuk mencuba mencari jalan perdamaian. Perkara ini haruslah dimohon oleh suami di Mahkamah Syariah.

Ini juga adalah bertepatan dengan Seksyen 51 (8) Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Perlu dinyatakan bahawa apabila berlaku perceraian atau rujuk maka pasangan haruslah melaporkan perkara tersebut ke Mahkamah Syariah atau Pendaftar. Ini adalah bagi memastikan bahawa prosedur telah ditepati dan tidak timbul wasangka terhadap status sebenar perkahwinan. Juga bagi memastikan agar rekod mengenai perceraian dan rujuk adalah betul dan tidak timbul apa-apa pertelingkahan mengenai status seorang suami atau isteri.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

LOVE is CINTA

.:: Karena CINTA Kita Selalu Ada ::.

Yogi Cahyadhi

I am what I am. If you don't like me, turn your head and walk away. My blog = MY RULES! || --- >

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

Ai end Yu

Ini semua tentang aku dan kamu, aku dan kalian, aku dan mereka. Ini cerita kita, ini kisah kita, untuk saat ini, esok dan selamanya.

Didik Rahmadi

Aku menulis untuk ku ingat kembali

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel

Home Five

Selamat Datang , Silahkan Menikmati Yang Ada Di Sini !!!

Agnez Simple But Incredible

A fine WordPress.com site

Aku malu padamu

Aku malu padamu karena blog ini banyak kekurangan-nya

Grafik Malaysia for You

Rekabentuk Grafik Kreatif Perniagaan Anda!

ztech87 Studio

Rekabentuk Kreatif Anda!

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

Tentang Cinta (LOVE)

Kerana Cinta, Kita Wujud Di Dunia

CINTA

.:: PerCINTAan & Pernikahan ::.

Darvish

"I will walk a thousand leagues in falsehood, that one step of the journey may be true." - Junayd

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 69 other followers

%d bloggers like this: