
Sempena dengan ketibaan SYAWAL yang mulia ini, dengan rasa rendah diri saya bersama suami dan seluruh keluarga memohon keampunan dan kemaafan seandainya terdapat kesalahan mahupun kesilapan disepanjang kehidupan ini.
Kadang-kadang mata tersalah melihat
Telinga tersalah mendengar
Mulut tersalah berkata
Semoga cahaya bersinar
Seribu senyuman berseri
Dengan keikhlasan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN.

‘Taqabbalallahu minna waminkum’
“Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”
Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada tutur bicara atau perilaku yang telah mencalar perasaan sesiapapun. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak maksum dari melakukan kesilapan.
Allah SWT telah berfirman:

“dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
(Surah An-Nuur 24:22)
Selamat Berbahagia di Aidilfitri
“Kullu ‘am wa antum bikhair”
Dengan ingatan tulus ikhlas,
Natasia Maiza™ & Suami









