:: HUKUM NIKAH :: Suami JANGAN Ikut Sedap Mulut…

November 9, 2009

2_229

Surah Al-Baqarah pada ayat 229 (2:229) menyatakan: “……Berbaiklah dengan cara yang maaruf atau bercerailah dengan cara yang baik,”.

Pasangan yang mahu bercerai haruslah memutuskan ikatan perkahwinan tersebut dengan cara yang baik. Ini adalah amat penting kerana walaupun ikatan perkahwinan tersebut terlerai, hubungan kekeluargaan antara yang seagama masih lagi wujud. Ini terutama sekali apabila terdapat anak-anak hasil perkahwinan tersebut. Ibu bapa haruslah jujur dan mementingkan tanggung jawab masing-masing terhadap anak mereka.

Ramai para suami melafazkan talak dalam keadaan sedang berang. Kajian sememangnya telah menunjukkan bahawa kebanyakan talak dilafazkan oleh suami ketika dalam keadaan marah.

Ada juga yang bergurau senda dengan ucapan atau lafaz talak. Malah ada yang menganggap dirinya berkuasa penuh sehingga bisa menjadikan talak tersebut sebagai ugutan yang memicu taklik.

Ada satu kisah dimana seorang suami bertengkar dengan si isteri kerana isterinya enggan mengurus keuangan keluarga. Padahal, uang juga tidak punya. Seperti yang kita tahu bahawa urusan keuangan keluarga itu bukanlah tanggungjawab isteri. Tetapi si suami tetap bersikeras memaksa isterinya untuk mengurus uang yang belum ada. Sehingga si suami memberi kata 2 kepada isteri.

“Kalau kamu mahu mengurus keuangan kita, bererti kamu mahu rumahtangga ini tetap utuh, seandainya kamu memilih sebaliknya, maka sebaliknya akan berlaku” Dengan itu si iateri bertanya, “Apakah maksud kamu dengan sebaliknya akan berlaku? Apa kamu berikan saya Taklik untuk jatuhnya talak bagi saya?” suaminya dengan ego menjawab, “Ya, saya berikan kamu taklik.” Si isteri lalu diam beberapa menit, dan akhirnya si isteri memilih untuk tidak mengurus keuangan keluarga. Kerana si isteri mengetahui bahawa mengurus keuangan tu bukanlah tanggungjawab seorang isteri. Apa yang terjadi selepas itu? Talak jatuh dan suaminya kemudian menangisi keputusan dan kata-katanya.

Para suami perlu maklum bahawa untuk jatuh talak ke atas isteri, apa yang perlu dilakukan adalah pelafazan talak tersebut. Ia bukanlah perkara yang boleh dipermainkan atau diambil ringan. Suami mempunyai tanggung jawab ke atas isteri dan keluarga dan seharusnya hanya melafazkan talak dengan cara yang berhemah.

Cara yang berhemah ini adalah melafazkan talak di dalam Mahkamah Syariah.

Di dalam kes yang mana suami telah melafazkan talak di luar Mahkamah Syariah, sama ada secara lisan, tulisan, taklik ataupun sindiran, talak tersebut akan jatuh sekiranya ia jelas atau terang (sarih).

Walaupun begitu, hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan talak tersebut. Ini juga adalah kerana mahkamah mampu untuk melakukan penyiasatan bagi memastikan sama ada lafaz talak suami adalah sah mengikut hukum syarak. Suami dan saksi-saksi akan dipanggil untuk memberi bukti ke mahkamah. Mahkamah juga akan melihat kepada rukun-rukun perceraian atau talak.

Sebagai isteri pula, apabila keliru dengan ucapan suami yang seakan-akan menjatuhkan talak, haruslah dengan segera merujuk ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan kepastian mengenai kedudukan rumah tangga kalian. Perkara ini boleh dilakukan sendiri dan tidak perlu menunggu suami. Sila juga bawa sijil nikah yang asal bagi tujuan permohonan pengesahan.

Sekiranya talak telah jatuh, maka proses untuk berbaik semula adalah dengan cara rujuk.

Oleh kerana sebab ini juga adalah amat perlu bagi para isteri untuk memastikan sama ada talak telah jatuh bagi kali pertama atau kedua. Talak satu dan dua adalah berupa talak rajie iaitu talak yang boleh dirujuk.

Talak bagi kali ketiga tidak boleh dirujuk sehingga isteri berkahwin lain. Isteri harus menjalankan tanggung jawab sebagai isteri dan kemudiannya diceraikan dengan kerelaan tanpa paksaan. Kemudian barulah suami pertama boleh berkahwin semula dengannya dengan akad nikah dan mas kahwin yang baru.

Para isteri haruslah memaklumkan kepada Mahkamah Syariah mengenai lafaz atau ucapan suami tersebut.

Melafazkan talak di luar mahkamah adalah bertentangan dengan undang-undang. Sekiranya suami tersabit atas kesalahan ini maka beliau boleh dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini selaras dengan Seksyen 124 Akta.


:: HUKUM NIKAH :: Berlainan AGAMA TIDAK DIBOLEHKAN…

November 9, 2009

Perkahwinan dalam Islam merupakan salah satu perjanjian suci dan mengikat pasangan. Rujukan boleh dilakukan kepada Surah An-Nisa pada ayat 21:-

4_21

yang bermaksud:
“Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.”

Di dalam dunia metropolitan ini, adalah tidak menjadi satu perkara asing bagi seseorang untuk jatuh cinta dengan seseorang yang berlainan bangsa dan agama. Apa yang perlu diketahui adalah apa yang patut dilakukan sekiranya pasangan ini mahu meneruskan perhubungan dengan tali perkahwinan.

Sememangnya terdapat beberapa pendapat ulama mengenai perkahwinan di antara mereka yang berlainan agama. Pendapat-pendapat ini juga berbeza bagi seorang lelaki dan perempuan muslim. Kita juga harus merujuk kepada sistem perundangan syariah.

Kita dapat merujuk kepada beberapa ayat di dalam al-Quran. Surah Al-Baqrah pada ayat 221:-

2_221

menyatakan bahawa;
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).”

Di dalam Surah Al-Maidah Ayat 5 juga Allah telah menegaskan

5_5

“Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yang beriman dan wanita yang menjaga kehormatannya daripada kalangan orang yang diberikan kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.”

Memusnahkan
Persoalan yang terdapat di dalam 2:221 adalah berhubung dengan situasi peperangan yang berlaku pada masa tersebut. peperangan ini bukan sahaja berkenaan mereka yang beragama lain tetapi bagi mereka yang mahu memusnahkan umat dan agama Islam.

Perkahwinan bersama mereka yang mahu memusnahkan umat Islam akan mengakibatkan pelbagai masalah dan komplikasi, malah perkahwinan yang telah wujud juga terpaksa diputuskan. Rujukan kepada Al-Mumtahanah, ayat 10.

60_10

Pendapat ulama ada menyatakan bahawa ayat yang tidak membenarkan perkahwinan ini hanya ditujukan kepada mereka yang menyembah berhala sahaja.

Ini bermakna bahawa perkahwinan bersama ahlil kitab (pasangan yang agamanya dari kitab yang terdahulu) adalah dibolehkan. Para ulama dengan merujuk kepada beberapa ayat di dalam al-Quran telah bersependapat bahawa ahlil kitab adalah mereka yang beriman dengan kitab Zabur, Taurat dan Injil.

Ahlil kitab termasuk kaum Saabin, dengan merujuk kepada al-Maidah, Ayat 69 yang menyatakan:

5_69

“Sesungguhnya orang yang beriman dan orang Yahudi dan orang Saabiin dan orang Nasrani sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal salih, maka tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Dalam perundangan syariah di Kuala Lumpur pula, Bahagian II (Perkahwinan) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan 1984 perlu dirujuk. Seksyen 7 menyatakan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah persekutuan haruslah mengikut peruntukan di dalam Akta dan diakadnikahkan menurut hukum syarak.

Seksyen ini memberi mahkamah bidang kuasa di dalam mana-mana perkahwinan di Kuala Lumpur.

Rujuk
Seksyen 10(1) menyatakan bahawa tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang `Kitabiyah‘.

bagi mentafsirkan `Kitabiyah’ Seksyen 2 Akta tersebut menyatakan bahawa `Kitabiyah’ adalah:
(a) Seorang perempuan dari keturunan Bani Ya’qub; atau
(b) seorang perempuan nasrani dari keturunan orang-orang nasrani sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul; atau
(c) seorang perempuan Yahudi dari keturunan orang-orang Yahudi sebelum Nabi Isa menjadi Rasul.

Oleh kerana setiap perkahwinan di Kuala Lumpur haruslah menurut peruntukan perundangan syariah maka kedua-dua seksyen ini haruslah dipatuhi. Ini bermakna sesiapa sahaja yang mahu berkahwin dengan seorang lelaki / perempuan yang beragama lain, harus menunjukkan bukti bakal pasangannya adalah seorang `Kitabiyah’ berdasarkan definisi yang telah ditetapkan di dalam Seksyen 2.

Sekiranya ini dapat dilakukan maka perkahwinan tersebut akan dibenarkan. Seperti yang tersebut di atas, Seksyen 7 menyatakan penggunaan hukum syarak sebagai salah satu syarat dalam mengakadnikahkan pasangan hukum syarak menurut Seksyen 2 bermaksud Undang-Undang Islam dalam mana-mana mazhab yang sah.

Alasan
Sekiranya mereka dapat memberi apa-apa alasan menurut hukum syarak yang membolehkan mereka berkahwin dengan pasangannya, maka alasan ini boleh dipertimbangkan oleh mahkamah.

Suatu permohonan boleh dikemukakan di mahkamah syariah.
Sememangnya terdapat negara lain yang membenarkan perkahwinan yang berlainan agama tetapi perkara yang sama tidak dibenarkan di negara kita (Malaysia). Kebanyakan perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan sivil. Ini bermakna perkahwinan tersebut akan berada di bawah bidang kuasa dan undang-undang keluarga sivil.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.