Taraf Kewarganegara Malaysia

April 15, 2015
infant newborn wallpaper desktops cute angel lovely baby
Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan tanpa mengira taraf Warganegara ibu atau bapa orang itu. Namun begitu, apabila seseorang itu lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran negara ini, ianya tidak bererti orang itu akan mendapat taraf Warganegara Malaysia.
Taraf kewarganegaraan seseorang itu adalah berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibubapa kandung orang itu semasa kelahiran tersebut berlaku serta taraf perkahwinan ibubapanya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
Bagi seseorang warganegara asing yang berhasrat untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan.
Secara amnya, mestilah telah bermastautin di Malaysia untuk tempoh yang tertentu, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu.
Bermastautin di Malaysia untuk tempoh yang tertentu, bermaksud seseorang itu perlu terlebih dahulu bermastautin tetap di Malaysia bagi tempoh yang semuanya berjumlah tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam masa dua belas tahun sebelum sahaja tarikh permohonan itu di buat iaitu genap 12 tahun dari tarikh cop bujur di Permit Masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sepertimana yang dinyatakan dalam peruntukan di bawah Perkara 19(3) Perlembagaan Persekutuan.
Lain-lain syarat dan prosidur permohonan, tuan boleh dapatkan maklumat terperinci dengan melayari laman web rasmi JPN (DISINI).
Dimaklumkan juga bahawa memenuhi syarat-syarat tersebut adalah hanya bagi melayakkan permohonan taraf Kewarganegaraan tuan dibuat. Ianya bukanlah bermakna permohonan tersebut mesti diluluskan kerana taraf kewarganegaraan adalah merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia dan ianya bukanlah hak yang mesti diperolehi oleh seseorang yang memohon Warganegara.

Anak WNA Boleh Mohon Kerakyatan Malaysia

April 15, 2015

amazingly-cute-baby1

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memutuskan peraturan baru secara pentadbiran bagi memberi kemudahan kepada wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing memohon taraf warganegara Malaysia bagi anak yang lahir di luar negara tanpa melibatkan pindaan undang-undang.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, melalui mekanisme itu, semua rakyat negara ini sama ada wanita atau lelaki yang berkahwin dengan warga asing, boleh memohon taraf kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya yang dilahirkan di luar negara.

Mekanisme itu, katanya, akan dapat menangani masalah kaum wanita Malaysia yang selama ini mengalami kesukaran untuk memastikan anak hasil perkahwinannya dengan warga asing di luar negara boleh mendapatkan taraf sebagai warga negara ini.

”Kemudahan itu diberikan melalui permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

”Permohonan boleh dikemukakan di pejabat kedutaan di negara kanak-kanak tersebut dilahirkan dan KDN akan melantik Pegawai Konsular di Kedutaan Malaysia luar negara sebagai wakil rasmi menerima permohonan berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa ini, tidak terdapat sebarang peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan taraf kewarganegaraan diberi secara automatik kepada anak yang lahir di luar negara oleh wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing.

Mengikut peruntukan sedia ada, di bawah Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, taraf kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada bapa yang bertaraf warganegara Malaysia.

”Untuk itu, KDN memutuskan peraturan baru secara pentadbiran bagi menyediakan kemudahan kepada wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

”Ibu bapa kepada pemohon hendaklah membuat permohonan secara bersama di dalam borang yang ditetapkan.

”Ini penting bagi mengelakkan pertikaian dan pertindihan taraf kewarganegaraan anak di antara ibu bapa kepada kanak-kanak di kemudian hari dan menjaga imej kerajaan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, ibu bapa anak berkenaan juga hendaklah hadir di hadapan pegawai konsular di pejabat kedutaan Malaysia.

”Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran kanak-kanak,” katanya.

Tambahnya, pemohon yang telah diluluskan taraf kewarganegaraan bagi anaknya turut dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara bersama anaknya untuk memohon sijil warganegara dan MyKid.
Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd


ISU PENDAFTARAN PERNIKAHAN LUAR NEGARA – TANPA IZIN

Januari 14, 2015

Firman Allah s.w.t tentang pensyariatan Perkahwinan :

surah

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (An-Nisa 4:3)

surah - Copy

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (An-Nuur 24:32)

Maksudnya: hendaklah laki-laki yang belum kawin atau wanita- wanita yang tidak bersuami, dibantu agar mereka dapat kawin.

Sebaik-baiknya, pasangan yang ingin kahwin di Thailand atas apa-apa sebab (termasuk tak mendapat izin wali atau poligami tanpa kebenaran isteri pertama) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk nikah di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing. Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami (jika ingin berpoligami tapi tak mendapat kebenaran isteri), mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya.

Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah di Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.

images - sah

Adakah pernikahan di Selatan Thailand sah?

Setiap pernikahan yang memenuhi hukum syarak, tidak kira di mana sahaja ia berlaku, akan menjadi sah.  Penikahan di selatan Thailand adalah sah asalkan SEMUA HUKUM SYARAK DIPATUHI.  

Dan menurut pernyataan : Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla telah menetapkan bahawa tempat nikah di dalam Wilayah Songkhla, bagi penduduk asing, hanya satu tempat, iaitu Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla itu sendiri.. Ini adalah jaminan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Songkhla adalah sah dan mengikut peraturan, yang memenuhi hukum syarak.

sah atu tidak

Prosedur Daftar Nikah yang dilangsungkan di luar Negara tanpa kebenaran JAWI

1) Pemohon hendak hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapat pengesahan pernikahan dan perintah daftar pernikahan.

2) Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah, pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk proses pendaftaran nikah.

3) Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Pernikahan Luar Negara.

4) Dokumen yang perlu dilampirkan:

i.

Kad Pengenalan atau pasport (bukan warganegara) suami isteri (asal dan salinan)

ii.

Perintah daftar pernikahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

iii.

Salinan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan negara berkenaan.

iv.

Surat Perakuan Cerai asal (jika duda atau janda)

v.

Maklumat daripada Pegawai Penguatkuasa (Borang 5) daripada Bahagian Penguatkuasaan


5) Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan ta’liq dan pendaftaran.

Cara Permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negara

Langkah pertama:

  1. Kemukakan sijil nikah negara berkenaan
  2. Sijil Pengesahan nikah negara berkenaan
  3. Salinan Kad pengenalan pemohon dan pasangan
  4. Salinan Border Pass atau Internasional Pasport
  5. Surat Kedutaan Malaysia di negara yang dinikahi

Langkah Kedua:

Selepas Perbicaraan dan hukuman dijalankan

– Surat permohonan pendataran nikah luar negara

– Kemukakan salinan hukuman mahkamah

– Kemukakan salinan resit denda

– Salinan surat /sijil nikah negara berkenaan

– Salinan sijil pengesahan nikah negara berkenaan

– Salinan Border Pass / Internasional Pasport

– Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan

– Salinan surat kedutaan Malaysia di negara dinikahi

daftar-nikah-jawi-loveinglass-munajahcinta

PROSES PENDAFTARAN PERNIKAHAN LUAR NEGARA

  1. Setelah semua dokumen-dokumen Permohonan nikah luar negara yang telah lengkap,   hendaklah dikemukakan ke unit Pendaftaran Pernikahan Cerai dan Rujuk untuk disemak setelah lulus, fail permohonan akan dibuka dan kena bayaran Fee
  1. Siasatan mengenai pernikahan luar negara itu dimulakan dengan mengenalpasti beberapa espek dan kreteria diantaranya : mempastikan  tempat akad nikah adakah diiktiraf oleh negeri berkenaan, contoh  Pernikahan di negara Thailand mulai September 2010 pernikahan warga asing hanyalah sah dilakukan di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla sahaja- perkeliling ini dikeluarkan bagi mengelak pernikahan sendikit yang tidak diiktirafkan atau “Pernikahan Ekspres” atau jurunkah palsu. Mempastikan jarak tempat berlaku angkat nikah dengan tempat tinggal wali bermastautin melebihi 2 marhalah atau melebihi 92 kilometer kerana  kebanyakan pasangan  yang berkahwin menggunakan perkhidmatan wali hakim. Sekiranya kurang dari dua marhalah kedudukan wali berada itu boleh menyebabkan perkahwinan itu tidak sah disegi syarak.

Jurunikah yang menjalankan upacara nikah juga diambilkira kedudukannya dibimbangi jurunikah tersebut telah tamat perlantikan sebagai jurunikah oleh berwajib. Setelah rakaman pengakuan pasangan tersebut diambil, perkara ini akan diserah kepada Pendaftar Kanan daerah ( Pegawai Agama Daerah ) untuk menilai sejauhmana pernikahan ini memenuhi kehendak hukum syarak dan undang-undang yang diguna pakai sekarang ini. Pernikahan yang menempati hukum syarak dan undang-undang akan diarah untuk didaftarkan pernikahan mengikut seksyen 31 ( 2 )  Enakmen Undang-Undang keluarga Islam  ( KEDAH DARUL AMAN ) 2008 

nikah-online-thailand - munajahcinta-loveiscinta

KESAN MENGABAIKAN PENDAFTARAN NIKAH LUAR NEGARA 

Pasangan yang mengabaikan pendaftaran nikah di luar negara setelah  melebihi enam bulan dari tarikh mula-mula sampai ke negeri Kedah ini jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pernikahan pasangan itu tidak diperakui dan lindungi oleh undang-undang negeri ini dan negara amnya. Sekiranya berlaku sebarang permasalahan berhubungan dengan kematian seperti pembahagian pusaka, pengeluaran  wang KWSP, pengeluaran wang pencen, menunaikan Ibadah Haji dan tuntutan harta sepecarian akan menjadi halangan dan kemungkinan  besar semua urusan ini tidak disempurnakan. 

denda

Denda Nikah di Thailand

Sebaliknya, sekiranya berkahwin di Siam tanpa kebenaran Pejabat Agama, pasangan yang berkahwin itu boleh dikenakan denda dan dipenjara bagi kesalahan-kesalahan seperti

  • Pernikahan diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  • Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  • Mendaftarkan pernikahan selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)

Mendaftarkan Nikah Siam

Pendaftaran nikah Siam (atau lain-lain negara) hanya boleh dibuat setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah. Selagi Mahkamah Syariah tidak memberi pengesahan, pernikahan itu tak boleh didaftarkan di Malaysia dan pasangan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang syariah Malaysia sebagai pasangan yang telah berkahwin. Kesannya agak berat. Contohnya, anak yang lahir melalui perkahwinan ini akan menghadapi kesukaran untuk didaftarkan dengan JPN dan susah untuk mendapatkan surat beranak. Selain itu, apa-apa masalah dalam perkahwinan ini tak boleh dibawa ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah.

Pendaftaran kahwin di Malaysia nanti akan memerlukan dokumen yang cukup untuk meyakinkan hakim bahawa pernikahan di Siam itu adalah sah. Surat nikah, surat dari Majlis Agama Songkhla dan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla adalah diantara dokumen penting untuk membuktikan bahawa perkahwinan itu adalah sah.

Daftar Nikah Asing – Proses dan Dokumen

  • Kes yang tidak melibatkan poligami akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah.
  • Kes yang melibatkan poligami tanpa kebenaran akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah. Pasangan mungkin perlu melantik peguam syarie.

KESIMPULAN :

Hari ini, rata-rata pasangan muda mahupun yang telah berumur lebih cenderung untuk memilih bernikah di luar kerana wujudnya pelbagai alasan. Oleh itu, pasangan-pasangan yang berhasrat untuk memilih jalan ini sebagai alternatif perkahwinan mereka seharusnya mempersiapkan diri bagi mengahadapi segala kesulitan yang akan berlaku di masa akan datang dan masa-masa seterusnya. Adalah amat wajar bagi pasangan-pasangan yang ingin memilih alternatif cara perkahwinan ini untuk mendapatkan nasihat undang-undang daripada Pakar Undang-undang yang bertauliah. Nasihat serta panduan akan kami bekalkan mengikut kesesuaian fakta semasa.Ini adalah demi menjaga kemaslahatan dan keturunan hasil daripada perkahwinan yang akan terbina kelak. Semoga sedikit perkongsian ini akan memberikan manfaat yang besar kepada kita semua. Aamiin Insya-a-Allah


Prosedur Permohonan Wali Hakim

April 21, 2014

prosedur wali hakim

Contoh STEP BY STEP PERMOHONAN NIKAH DENGAN WALI HAKIM dgn NCR

Step 1

Sila isi borang di NCR, kalau yang menggunakan wali hakim, click wali hakim and blank the form for wali, tok kadi and so on.(Klo guna walk-in, mintalah BORANG PERMOHONAN WALI HAKIM/WALI ENGGAN kat kerani JAI yang bertugas)

Step 2

Bila borang permohonan lelaki dah siap, print borang korang (permohonan perempuan) and bawak 2 orang saksi (lelaki, jiran atau kawan) pergi jumpe jurunikah, sign borang permohonan depan juru nikah – ini untuk pengesahan borang je. (Sabtu& Ahad pon boleh)

Step 3

Bawak borang permohonan lelaki & permohonan perempuan (termasuk form yang tak lengkap – form wali dan tok kadi) ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) tempat korang. Mohon borang wali hakim. – yang ni makan mase 2 hari. (Waktu Bekerja)

Step 4

Bile PAID dah luluskan borang permohonan nikah, diorang akan bagi 3 borang

  • (TIADA WALI NASAB/MUAALAF/WALI ENGGAN)
  • Borang MS3
  • Borang Afidavit
  • Borang Maklumat Diri

Step 5

Sila isi dan kemukakan pada pihak mahkamah syariah (tolong pakai longgar-longgar sikit baju – hormat tok2 imam & tuan hakim kat sane):

  • 2 set Copy of borang permohonan lelaki
  • 2 set copies of borang permohonan perempuan
  • 2 set copies of sijil kematian ayah
  • 2 set copies of sijil nikah ibu bapa
  • 2 copies of ic
  • 2 copies of birth certificate
  • Bagi 2 nama saksi (LELAKI) untuk angkat sumpah

Balik la rumah dulu, tunggu sampai diorang call buat appointment untuk angkat sumpah

Step 6

Once diorang dah call bagi tarikh, ambil cuti sebab appointment angkat sumpah pada hari bekerja

  • Sila datang awal
  • Sila bawak 2 saksi yang paling dekat dengan kita
  • Bawak Original Cert of
  1. I/C
  2. Sijil Kelahiran
  3. Sijil Kematian Ayah
  4. Sijil Perkahwinan Ibu & Ayah

Bila dah sampai turn, hakim akan tanya kenapa nak mintak wali hakim/wali enggan, so alasan kene kukuh n tally dengan alasan saksi.

Tunggu hakim signed the approval document, pastu dah boleh pass pada PAID dan bagi tarikh pd PAID. PAID akan bagi borang original nikah, sila isi nama anda dan pasangan untuk kegunaan hari nikah

Step 7

Tunggu hari nikah. Buat solat istikharah & taubat.  Baca Bismillah dan jangan lupa bawak borang original nikah OK…

SELAMAT BERJUANG GUYS  🙂


PROSEDUR PERMOHONAN WALI ENGGAN/ WALI HAKIM

April 21, 2014

prosedur wali enggan

Contoh STEP BY STEP PERMOHONAN NIKAH DENGAN WALI HAKIM dgn NCR

Step 1

Sila isi borang di NCR, kalau yang menggunakan wali hakim, click wali hakim and blank the form for wali, tok kadi and so on.(Klo guna walk-in, mintalah BORANG PERMOHONAN WALI HAKIM/WALI ENGGAN kat kerani JAI yang bertugas)

Step 2

Bila borang permohonan lelaki dah siap, print borang korang (permohonan perempuan) and bawak 2 orang saksi (lelaki, jiran atau kawan) pergi jumpe jurunikah, sign borang permohonan depan juru nikah – ini untuk pengesahan borang je. (Sabtu& Ahad pon boleh)

Step 3

Bawak borang permohonan lelaki & permohonan perempuan (termasuk form yang tak lengkap – form wali dan tok kadi) ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) tempat korang. Mohon borang wali hakim. – yang ni makan mase 2 hari. (Waktu Bekerja)

Step 4

Bile PAID dah luluskan borang permohonan nikah, diorang akan bagi 3 borang

  • (TIADA WALI NASAB/MUAALAF/WALI ENGGAN)
  • Borang MS3
  • Borang Afidavit
  • Borang Maklumat Diri

Step 5

Sila isi dan kemukakan pada pihak mahkamah syariah (tolong pakai longgar-longgar sikit baju – hormat tok2 imam & tuan hakim kat sane):

  • 2 set Copy of borang permohonan lelaki
  • 2 set copies of borang permohonan perempuan
  • 2 set copies of sijil kematian ayah
  • 2 set copies of sijil nikah ibu bapa
  • 2 copies of ic
  • 2 copies of birth certificate
  • Bagi 2 nama saksi (LELAKI) untuk angkat sumpah

Balik la rumah dulu, tunggu sampai diorang call buat appointment untuk angkat sumpah

Step 6

Once diorang dah call bagi tarikh, ambil cuti sebab appointment angkat sumpah pada hari bekerja

  • Sila datang awal
  • Sila bawak 2 saksi yang paling dekat dengan kita
  • Bawak Original Cert of
  1. I/C
  2. Sijil Kelahiran
  3. Sijil Kematian Ayah
  4. Sijil Perkahwinan Ibu & Ayah

Bila dah sampai turn, hakim akan tanya kenapa nak mintak wali hakim/wali enggan, so alasan kene kukuh n tally dengan alasan saksi.

Tunggu hakim signed the approval document, pastu dah boleh pass pada PAID dan bagi tarikh pd PAID. PAID akan bagi borang original nikah, sila isi nama anda dan pasangan untuk kegunaan hari nikah

Step 7

Tunggu hari nikah. Buat solat istikharah & taubat.  Baca Bismillah dan jangan lupa bawak borang original nikah OK…

SELAMAT BERJUANG ANAK MUDA🙂


HAK KUASA WALI DALAM PERNIKAHAN

April 21, 2014

timthumb (1)

Perkahwinan adalah amanah Allah swt. Untuk menyempurnakan amanah Allah itu ia memerlukan lima rukun iaitu:

  • Calon suami
  • Calon isteri
  • Wali
  • Dua orang saksi
  • Sighah ijab qabul

Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan itu tidak sah. Salah satu isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali. Terdapat kes-kes seperti kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, bapa tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan pemuda pilihan anak, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya, di mana semuanya berkisar mengenai bidang kuasa wali. Persoalan yang timbul ialah apakah bidang kuasa wali yang sebenarnya untuk menyempurna dan memuliakan amanah Allah swt itu.

Pengertian Wali Dan Tertibnya

Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Dalil-dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah:

Firman Allah swt:
‘Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf’ ( Al-Baqarah : 232)

‘Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga meereka beriman’. ( Al-Baqarah : 222)

Dari hadith Nabi saw:
‘Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: ‘Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali’.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)

Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:

  • Islam
  • Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
  • Berakal – Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
  • Lelaki – Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
  • Adil

Merdeka

Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan ia memenuhi starat-syarat sah menjadi wali.

Susunan Wali
Susunan wali mengikut tertib alah:

  • Bapa kandung
  • Datuk sebelah bapa ke atas
  • Saudara lelaki seibu-sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Anak saudara lelaki seibu-sebapa
  • Anak saudara lelaki sebapa
  • Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
  • Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
  • Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
  • Bapa saudara seibu-sebapa
  • Bapa saudara bapa sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
  • Bapa saudara datuk seibu-sebapa
  • Bapa saudara datuk sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
  • Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
  • Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
  • Sekalian asabah kepada seorang muktiq
  • Raja/Sultan.

Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya.

Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.

Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah saw bersabda:
‘Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali’.
(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Dalam kes Ismail bin Abdul Majid lawan Aris Fadilah dan Insun bt Abdul Majid (1990, Jld. V, II, JH) di Mahkamah Syariah, Kuala Kangsar, Perak, Yang Arif Hakim Amran bin Satar telah memutuskan perkahwinan yang diwalikan oleh

wali ab’ad sedangkan wali aqrab masih ada maka perkahwinan itu tidak sah.

(Wali Ab’ad : wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
(Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).

Fakta kesnya adalah seperti berikut: Pengantin perempuan telah berkahwin dengan seorang pemuda pada 6hb Mei, 1974 di Kampung Kandang Hilir, Kota Lama Kanan, Perak. Wali yang bertindak kepada perempuan tersebut ialah saudara lelakinya kerana bapa perempuan itu telah meninggal dunia. Pengantin perempuan itu sebenarnya juga masih mempunyai datuk yang masih hidup dengan segar dan waras yang tinggal di Bt. 8, Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. Datuk itu tidak diberitahu mengenai perkahwinan cucunya itu. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah dan telah diputuskan perkahwinan itu tidak sah atau batal dengan alasan:

Saudara lelaki pada pengantin perempuan itu tidak ada bidang kuasa wali kerana wali aqrab iaitu datuk perempuan itu masih ada.

Akal fikiran datuk itu masih waras maka hak kelayakan wali masih tidak hilang.

Berdasarkan analisa kes tersebut, sepatutnya pengantin perempuan itu menghubungi datuknya bagi mewalikan perkahwinannya. Jika datuknya itu tidak dapat hadir, maka datuknya boleh mewakilkan (wakalah wali) kepada orang lain, untuk menikahkan cucunya itu.

Wali Mujbir
Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin. Dalilnya ialah:

‘Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya’.
(Riwayat Darul-Qutni)

Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan yang perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah.

Dalam kes Syed Abdullah Al-Shatiri lawan Syarifah Salmah (1959, Jld. I, II, JH), ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura, Yang Arif Hakim Ahmad bin Ibrahim menyatakan, mengikut Mazhab Shafi’e, apabila seorang anak dara dikahwinkan oleh bapanya tanpa minta izin anak dara itu terlebih dahulu, maka adalah sah perkahwinan itu.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang bapa Syed Abdullah Al-Shatiri mengahwinkan anak daranya Syarifah Salmah dengan Syed Idros bin Saggof Al-Jofri tanpa izin anak dara itu. Bapa itu bertindak sebagai wali dan ia sendiri menikahkan perkahwinan itu. Anak perempuan itu enggan menerima suami pilihan bapanya. Anak perempuan itu membawa kes itu ke Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah Singapura telah mengeluarkan perintah bahawa perkahwinan itu tidak sah berdasarkan hadith:

Pertama:
Rasululah saw bersabda:
‘Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara (janda) sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinnan itu dan janganlah kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya’. (Riwayat Al-Bukhari)

Kedua:
Rasulullah saw bersabda:
‘Seseorang yang bukan anak dara mempunyai hak yang lebih besar mengenai dirinya daripada penjaganya. Persetujuan seorang anak dara haruslah dipinta berkenaan dengan sesuatu mengenai dirinya dan diam membisu pada haknya itu adalah bererti memberikan persetujuan’.(Riwayat Muslim)

Bapa telah membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura bahawa ia mengahwinkan anak dara perempuannya tanpa izin perempuan itu atas bidang kuasanya sebagai wali mujbir.

Menurut Ahmad Ibrahim ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura itu menyatakan:
‘Hadith-hadith yang menjadi alasan Mahkamah Syariah Singapura itu sebenarnya dipertikaikan oleh ulama mengenai makna ‘meminta izin anak dara’ yang terdapat dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Menurut Imam Malik, Imam Shafi’e, Imam Ahmad dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Nawawi, maksud ‘meminta izin anak dara’ adalah sunat bagi wali mujbir meminta izin terlebih dahulu daripada pengantin perempuan seperti mana dengan maksud hadith yang dieriwayatkan oleh Darul-Qutni’.

Selanjutnya Ahmad Ibrahim memetik pandangan Mazhab Syafi’e sepertimana yang terdapat dalam kitab Minhaj Talibin, karangan Imam Nawawi:

‘Seseorang bapa boleh mengikut kehendaknya mengahwinkan anak perempuannya tanpa meminta izinnya, tidak kira berapa umurnya dengan syarat anak itu masih anak dara. Walau bagaimanapun adalah sunat berunding dengannya mengenai bakal suaminya itu; dan izin rasminya ke atas perkahwinan itu adalah perlu jika dia telah kehilangan daranya. Manakala seseorang bapa mengahwinkan anak perempuan sewaktu anak itu masih di bawah umur, maka anak perempuan itu tidaklah boleh diserahkan kepada suaminya sebelum dia mencapai umur akil baligh. Jika berlaku kegagalan pada pihak bapanya, maka bapa kepada bapanya (datuknya sebelah bapa) hendaklah menjalankan semua kuasanya. Kehilangan dara menghapuskan hak mengahwinkan anak perempuan tanpa izinnya, dan tidaklah ada perbezaan di dalam aspek ini bahawa kehilangan

Ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan itu juga Ahmad Ibrahim merujuk kepada buku ‘Mohamed Law Of Inheritance, Marriage And Right Of Women’ oleh Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-Makkawi menyatakan : Seseorang bapa atau datuk mengahwinkan seorang anak dara tanpa persetujuan anak dara itu adalah sah dengan syarat:

Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya yang mengahwinkannya itu apa-apa sifat permusuhan yang nyata dan tidak pula terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada.

Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu.

Si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin.

Janganlah hendaknya terdapat sifat permusuhan baik di luar mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami.

Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu.

Berdasarkan alasan-alasan di atas, Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura berpendapat bahawa perkahwinan yang dianjurkan oleh wali mujbir tanpa izin perempuan itu adalah sah. Maka keputusan Mahkamah Syariah yang terdahulu itu telah dibatalkan.

Perempuan Janda

Wali Mujbir atau wali-wali yang lain tidak boleh mengahwinkan perempuan janda kecuali hendaklah mendapat izin perempuan itu terlebih dahulu. Rasulullah saw telah bersabda:

‘Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda, ‘Perempuan janda diajak bermusyawarah tentang urusan dirinya, kemudian jika ia diam, maka itulah izinnya, tetapi jika ia menolak maka tiada paksa ke atasnya’. (Riwayat Al-Khamsah kecuali Ibnu Majah)

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw telah menyatakan:

‘Dari Khansa’ binti Khadam, bahawasanya bapa Khansa’ telah mengahwinkan dia, sedang ia perempuan janda, lalu ia tidak suka demikian itu. Kemudian ia datang kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menolak perkahwinan itu’. (Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Ini bermakna perempuan janda mempunyai bidang kuasa menolak perkahwinan yang dibuat tanpa kebenarannya iaitu ia boleh menfasakhkan perkahwinan itu di Mahkamah Syariah.

Perkahwinan Bawah Umur

Menurut Mazhab Empat bahawa dalam Islam tidak ada larangan had umur untuk berkahwin. Ini bermakna kanak-kanak kecil boleh berkahwin.

Daripada Siti Aisyah r.a.,
‘Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun’.. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini menunjukkan bahawa dalam Islam tiada had umur larangan berkahwin. Walau bagaimanapun menurut Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan:

‘Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu’.

Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Peruntukan Seksyen tersebut bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat. Sebenarnya kebenaran dari Mahkamah itu bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki gadis itu dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumahtangga dan menjaga kepentingan kanak-kanak itu.

Adakah Wali Fasik Sah Menjadi Wali?

Mengikut pendapat Mazhab Syafi’e dan Hambali, wali fasik tidak boleh atau tidak sah menjadi wali nikah. Ini berdasarkan sebuah hadith dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda,

‘Tidak sah nikah melainkan wali yang adil dan ada saksi yang adil’.
(Riwayat Ahmad)

Yang dimaksudkan dengan adil ialah seseorang itu berpegang kuat (istiqamah) kepada ajaran Islam, menunaikan kewajiban agama, mencegah dirinya melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan sebagainya serta berusaha tidak melakukan dosa-dosa kecil.

Wali bersifat adil disyaratkan kerana ia dianggap bertanggungjawab dari segi kehendak agama ketika membuat penilaian bakal suami bagi kepentingan dan maslahat perempuan yang hendak berkahwin itu. Manakala wali fasik pula, ia sendiri sudah tidak bertanggungjawab ke atas dirinya apatah lagi hendak bertanggungjawab kepada orang lain.

Untuk menentukan seseorang wali itu bersifat adil atau fasik adalah memadai dilihat dari segi zahir atau luaran sahaja ataupun memadai wali itu mastur iaitu kefasikannya tidak diketahui kerana untuk menilai kefasikan secara batin adalah susah. Walau bagaimanapun jikalau Sultan atau Raja itu fasik yang menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali maka kewalian itu tetap sah kerana kesahihannya diambilkira dari segi keperluan terhadap wali Raja.

Sebenarnya sebahagian besar ulama-ulama Mutaakhirin dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Al-Ghazali, pendapat pilihan Imam Nawawi dan sebagainya, telah mengeluarkan fatwa bahawa sah wali fasik menjadi wali, selepas beristighfar.

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin telah mengingatkan bahawa seseorang wali harus memerhati dan meneliti kelakuan geraklaku calon suami, jangan sampai mengahwini saudara perempuan dengan seorang lelaki yang buruk budi pekertinya atau lemah agamanya ataupun yang tidak sekufu dengan kedudukannya. Sekiranya ia mengahwinkan puterinya dengan seorang lelaki yang zalim atau fasik atau yang lemah agamanya atau peminum arak, maka ia telah melanggar perintah agamanya dan ketika itu ia akan terdedah kepada kemurkaan Allah swt, kerana ia telah mencuaikan persoalan silaturrahim (perhubungan tali kerabat) dan telah memilih jalan yang salah.

Selanjutnya Al-Ghazali menceritakan seorang ayah telah datang meminta nasihat kepada Al-Hasan, Katanya: ‘Telah banyak orang yang datang meminang puteriku, tetapi aku tidak tahu dengan siapa yang harusku kahwinkan dia’. Berkata Al-Hasan: ‘Kahwinkan puterimu itu dengan orang yang banyak taqwanya kepada Allah. Andaikata suaminya mencintainya kelak pasti ia akan dimuliakan. Tetapi jika suaminya membencinya maka tiada dianiayainya’.

Tiada Persetujuan Antara Wali Yang Sedarjat

Wali sedarjat ialah wali-wali yang mempunyai bidang kuasa yang setaraf atau sama. Misalnya bagi pengantin perempuan yang sudah tidak ada lagi bapa dan datuk, maka orang yang berhak menjadi wali mengikut tertib ialah saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan itu.

Persoalan yang timbul ialah saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan itu ramai. Siapa yang berhak menjadi wali?

Mengikut Islam kalau semua wali sedarjat itu bersependapat dan redha dengan bakal suami pilihan perempuan itu maka salah seorang boleh menjadi wali. Yang afdhalnya ialah terdiri daripada orang yang tahu hal-hal agama atau alim.

Satu isu lagi mengenai wali sedarjat ialah jika sebahagian wali sedarjat setuju bakal suami itu manakala sebahagian yang lain menentang bakal suami pilihan pengantin perempuan itu. Siapa berhak menjadi wali dalam kes seperti di atas?

Menurut Jumhur Fuqqaha (Mazhab Syafi’e, Maliki dan Hambali) jika perkahwinan itu dilakukan juga oleh wali sedarjat yang redha dengan bakal suami pilihan pengantin perempuan, maka wali sedarjat yang menentang itu berhak juga menfasakhkan perkahwinan di Mahkamah Syariah jika wali yang menentang itu ada alasan syarak.

Dalam kes tiada persefahaman antara wali-wali sedarjat ini, maka pengantin perempuan hendaklah membuat aduan di Mahkamah Syariah atas nama wali enggan di mana Mahkamah akan membuat keputusan yang adil.

Wali Hakim Atau Wali Raja

Wali hakim ialah Sultan atau Raja yang beragama Islam yang bertindak sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali. Oleh kerana Sultan atau Raja ini sibuk dengan tugas-tugas negara maka ia menyerahkannya kepada Kadhi-Kadhi atau Pendaftar-Pendaftar Nikah untuk bertindak sebagai wali hakim.

Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Seksyen 2 (1) Wali Hakim ditakrifkan sebagai wali yang ditauliahkan oleh Yang DiPertuan Agong dalam hal Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau oleh Raja dalam hal sesuatu negeri lain untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab.

 

Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim

Pertama:

Tidak Ada Wali Nasab

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti saudara baru di mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam atau perempuan yang tidak mempunyai wali langsung mengikut tertib wali atau anak luar nikah maka wali hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinannya. Rasulullah saw bersabda:

‘Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali’. (Riwayat Al-Khamsah)

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali maka wali hakimlah yang akan mengahwinkan pengantin perempuan itu.

Kedua:

Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat

Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anakitu tetap dianggap anak tidak sah taraf.

Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu juga anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf, maka walinya adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak mempunyai wali nasab.

Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada, bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan menyembunyikan keadaan sebenar.

Ketiga:

Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.

Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab’ad mengikut tertib wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi wali yang lain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.

Keempat:

Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah

Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu berpindah kepada wali hakim.

Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah. Rasulullah saw bersabda:

‘Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin’. (Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin, hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan wali hakim.

Kelima:

Wali Enggan

Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.

Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: ‘Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:’Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya’. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :

‘Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya’. (Al-Baqarah : 232)

Kemudian Ma’qil berkata: ‘Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan’. (Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
‘Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya’. (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.

Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda:

‘Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali’. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.

Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.

Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan ‘Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan’. Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :

‘Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali Raja dengan alasan.

 


Saling Mendoakan

April 16, 2014
DOA - loveiscinta
Sue berkata:

Salam natasia..sbelum ini saya anda post soalan disini berkenaan permit kerja suami & pasportnya yg sudah expired.dlm proses sy ingin mmbantu dia pulang ke Bangladesh,tempat kerjanya telah diserbu & dia telah ditangkap oleh pihak imigresen.sebulan telah berlalu tapi kes nya masih blm dibicarakan.saya dan anak kecil sgt sedih dgn kejadian ini.ibu&ayah dia pula alami kemalangan di negara dia.bagaimana saya boleh membantu dia utk dibebaskan?dari depot tahanan PTI skrg dia telah ditukarkan ke penjara.adakah cara utk saya membantu dia?

 

Saya Menjawab :

W/Salam

Innalillahi wainna ilaihi rojiun…..

Inilah yang dikatakan “yang baik menurut kita belum tentu yang terbaik menurut Allah, dan yang terbaik menurut Allah sudah pasti yang terbaik buat kita.”

Pertama-tama saya mengucapkan takziah atas berita ini puan Sue, Saya berdoa agar Puan selalu kuat dan sabar dalam setiap ujian buat Puan dan keluarga.

Puan, kalau masalah penangkapan Imigresen mereka tidak memberi kelonggaran pembebasan dengan jaminan, kecuali “deportasi” penghantaran pulang warganegara asing ke negara beliau.

Cara yang terbaik adalah,

1. Puan pergi ke Kedutaan Bangladesh kemudian ke konsulat Jeneral bagian Hukum, minta konsultasi dan bantuan mereka untuk membebaskan Suami Puan, seandainya Puan punya laporan / telegram yang mengatakan kejadian tentang keluarga suami di bangladesh, itu boleh dipergunakan untuk memudahkan proses.

2. Atau Puan boleh pergi mendapatkan konsultasi dan keterangan dari pihak Imigresen, bagaimana cara membebaskan Suami Puan dari tahanan.

Cuba dulu ya Puan, Semoga Puan berhasil. Amiin InsyAllah

Klo masalah berkaitan dengan kelalaian pihak majikan, suami Puan akan baik-baik saja. InsyAllah, tetap optimis Puan.

Berdoalah Puan agar semuanya akan berakhir dengan baik.

Namun begitu Puan harus siap dengan segala konsekuensi, seandainya Suami Puan di hantar pulang ke negara asal, mungkin ada kesulitan untuk masuk ke Malaysia lagi, tetapi seandainya semua dokumen pernikahan Puan legal, InsyAllah, suami Puan tidak akan dipersulit.

Berdoalah Puan.

Saya dan semua akan berdoa untuk puan. InsyAllah…

 

BUAT SEMUA PEMBACA, JOM SAMA-SAMA DOAKAN SUAMI PUAN SUE INI AGAR DAPAT SAMA-SAMA KEMBALI BERKUMPUL DENGAN KELUARGANYA DAN DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSANNYA… AMIIN… AMIIN… AMIIN.. TSUMMA AMIIN…


Selamat Pengantin Baru

April 16, 2014

Haduhaaaiiiii, biler dengar lagu kat atas tu semua senyam senyum sendiri ye tak? ada yang teringat waktu mula-mula bersanding dulu ada juga yang teringat waktu dag dig dug tunggu cik abang datang. hehehe.

Selamat Pengantin Baru !!! buat semua pasangan yang pernah bertanyakan tentang PROSEDUR PERKAHWINAN ISLAM DENGAN WARGANEGARA ASING / SETEMPAT lewat halaman blog saya ini.

Semoga Sakinah, Mawaddah dan Warohmah ya…

Berkekalan sampai maut memisahkan… Amiin… Amiin.. Amiin… Tsumma Amiin…

Buat Hidayu ; Tahniah dan Terima Kasih ya telah menghantar foto keberhasilan anda dan pasangan mengurus prosedur pernikahan dengan baik, semoga kalian berbahagia sampai ke akhir hayat. Amiin….

Majlis Akad Nikah Hidayu dan Suami

Majlis Akad Nikah Hidayu dan Suami

Hidayu Dan Suami - Selamat Pengantin Baru

Hidayu Dan Suami – Selamat Pengantin Baru

Ini merupakan comment terakhir cik Hidayu lewat Post saya di PERKAHWINAN DENGAN WARGANEGARA ASING

Hidayu berkata:

Salam cik natasia..huhu saya tak pasti samada kamu masih bisa ingat saya atau tidak..saya jugak dulu pernah menyatakan permasalahan saya untuk berkahwin dengan warga asing dari bangladesh..alhamdullilah untuk pengetahuan cik natasia kami telah selamat diijabkabul kan, walaupun terpaksa menunggu selama beberapa bulan..terima kasih kerana telah memberi beberapa info kepada saya..

DOA PENGANTIN-loveiscinta

 

Saya berdoa semoga blog saya ini selalu bermanfaat untuk semua pembaca.

SELAMAT PENGANTIN BARU !!!!


SURAT KETERANGAN UNTUK MENIKAH DI MALAYSIA

Mac 21, 2014

SURAT KETERANGAN UNTUK MENIKAH DI MALAYSIA

  • Surat keterangan menikah diberikan kepada Warga Negara Indonesia, yang akan menikah dengan Warga Negara Malayasia/Warga Negara Asing lainnya, dan akan melaksanakan pernikahan di Malaysia.
  • Surat keterangan menikah diberikan kepada Warga Negara Indonesia, yang akan menikah dengan Warga Negara Indonesia dan akan melaksanakan pernikahan di Malaysia
  • Untuk Pemohon Warga Negara Indonesia yang belum mencapai usia 21 tahun, harus melengkapi dengan surat ijin orang tua
  • Untuk pemohon Warga Negara Indonesia, laki-laki yang belum berusia 19 tahun dan Perempuan 16 tahun harus melengkapi dengan surat dari Pengadilan Agama
  • Bila pemohon berpindah agama harus melengkapi dengan surat pindah agama yang disahkan oleh Kelurahan.
  • Surat Keterangan untuk menikah dari Indonesia/Malaysia berlaku 3 bulan dari tanggal dikeluarkan surat tersebut.
  • Peraturan mengenani perkawinan Indonesia, bisa dilihat di : Undang-undang Perkawinan No. 1 tahun 1974
  • Akta Imigressen Malaysia 1959/1963 seksyen 8 (3) butir 15 Pekerja asing tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk tempatan atau pekerja asing yang bekerja dinegara Malaysia. Sekiranya pekerja asing berkahwin dengan menggunkan Pass Lawatan (Kerja Sementara)/PL(KS) akan ditamatkan dan pekerja asing tersebut perlu dihantar pulang kenegara asalnya. Pemegang visa PL(KS) adalah Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan, Perkhidmatan, Pembantu Rumah
  • Biaya RM 70 (Tujuh pulu RM)

Catatan :

  • Surat Keterangan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia bukan sebagai bukti surat nikah, setelah mendapatkan surat keterangan menikah dari Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia segera mendaftarkan pernikahan tersebut di Jabatan Agama Islam untuk Muslim dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk Non Muslim.
  • Setelah anda mendapatkan surat nikah yang dikeluarkan oleh Pemerintah Malaysia, harus melaporkan pernikahan tersebut di Indonesia dengan melegalisir sijil nikah/marriage certificate di Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia setelah itu melaporkan pernikahan tersebut di Indonesia, Kantor Urusan Agama (KUA) untuk muslim atau Dinas Kependudukan dan Pencatatan Sipil (Capil) untuk non muslim.
  • Peraturan Pencatatan Perkawinan di Luar Wilayah Negara Kesatuan Republik Indonesia, silahkan membuka Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 23 tahun 2006, tentang administrasi Kependudukan , Paragaraf 2 Pasal 37 ayat 1-4 dan Perpres 25 tahun 2008 paragraf 2 tentang pencatatan perkawinan di luar Negara Kesatuan Republik Indonesia
  • Silahkan Klik disini untuk melihat alur permohonan pernikahan Muslim
  • Silahkan Klik disini untuk melihat alur permohonan pernikahan Non Muslim
  • Silahkan Klik disini untuk permohonan visa tinggal diMalaysia (dependants Pass)

 

A.SURAT KETERANGAN MENIKAH UNTUK LAKI-LAKI/PEREMPUAN WARGA NEGARA INDONESIA (MUSLIM)

Persyaratan :

  1. Paspor Indonesia dengan ijin tinggal (visa pelajar/visa kerja professional/visa sosia/Pelancong 30 hari)
  2. Surat dari kantor kepala kelurahan/kepala desa tempat tinggal pemohon (Surat N1 : Surat Keterangan Status , Surat N2 : Surat Keterangan Asal Usul, Surat N4 : Surat Keterangan Asal Usul orang tua)
  3. Surat Rekomendasi dari KUA Kecamatan tempat tinggal pemohon
  4. Untuk Perempuan, harap melampirkan Surat Wali Nikah yang dicap dan ditanda tangani oleh Kepala KUA Kecamatan

Catatan :

  • Pemohon dengan status Janda/Duda Mati dilengkapi dengan N6, yaitu surat kematian dari Kepala desa/Akta Kematian dari Dinas Kependudukan dan Catatan Sipil dan Buku Nikah pemohon
  • Pemohon dengan status Janda/Duda Cerai, dilengkapi dengan Akta Cerai dari Pengadilan Agama
  • Pemohon dengan status Poligami, putusan poligami dari Pengadilan Agama
  • Pemohon pemegang IC (identification card), lengkapi dengan Paspor Indonesia dan persyatan sama dengan Warga Negara Malaysia.
  • Pemohon harus datang dengan membawa dokumen Asli dan Photocopy

 

UNTUK LAKI-LAKI/PEREMPUAN WARGA NEGARA MALAYSIA

Persyaratan :

  1. IC (Identification card)
  2. Surat Keterangan Status dari Penolong Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam di Malaysia
  3. Borang Nikah dari Jabatan Agama Islam

Catatan :

  • Untuk WN Malaysia, dengan status Janda/Duda Mati dilengkapi dengan sijil kematian dari JPN dan Buku Nikah pemohon
  • Untuk WN Malaysia , dengan status Janda/Duda Cerai, dilengkapi dengan Akta Cerai dari Mahkamah Syariah
  • Untuk WNI, dengan status Poligami, putusan poligami dari Mahkamah Syariah

 

UNTUK LAKI-LAKI/PEREMPUAN WARGA NEGARA ASING

Persyaratan :

  1. Paspor dan Visa yang masih berlaku di Malaysia
  2. Surat Keterangan Status (belum menikah/duda/janda/Poligami) dari Kedutaan Negara asal pemohon
  3. Borang Nikah dari Jabatan Agama Islam

 

B.SURAT KETERANGAN MENIKAH UNTUK LAKI-LAKI/PEREMPUAN WARGA NEGARA INDONESIA (NON MUSLIM)

Persyaratan :

  1. Paspor Indonesia dengan ijin tinggal (visa pelajar/visa kerja professional/visa sosia/pelancongan 30 hari)
  2. Surat Keterangan dan rekomendasi menikah dari Dinas Kependudukan dan Catatan Sipil
  3. Akta Kelahiran, Kartu Keluarga , KTP (Kartu Tanda Penduduk)

Catatan :

  • Pemohon dengan status Janda/Duda Mati dilengkapi dengan N6, yaitu surat kematian dari Kepala desa/Akta Kematian dari Dinas Kependudukan dan Catatan Sipil dan Buku Nikah pemohon
  • Pemohon dengan status Janda/Duda Cerai, dilengkapi dengan Akta Cerai dari Dinas Kependudukan dan Catatan Sipil
  • Untuk Pemohon yang tidak membawa dokumen asli (Akta Kelahiran, KTP, Kartu Keluarga) harus melegalisir dokumen tersebut di Kecamatan setempat)
  • Pemohon pemegang IC (identification card), lengkapi dengan Paspor Indonesia dan persyatan sama dengan Warga Negara Malaysia.

 

UNTUK LAKI-LAKI/PEREMPUAN WARGA NEGARA MALAYSIA

Persyaratan :

  1. IC (Identification card)
  2. Surat Keterangan status bujang/Janda/Duda dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) atau
  3. Untuk Status Janda/Duda Mati, harap melampirkan buku nikah

 

UNTUK LAKI-LAKI/PEREMPUAN WARGA NEGARA ASING

Persyaratan :

  1. Paspor dan Visa masih berlaku di Malaysia
  2. Surat Keterangan Status (belum menikah/duda/janda) dari Kedutaan Negara asal pemohon

 

persyaratan doc menikah di my-muslim


Prosedur Atau Syarat Perkahwinan Di Indonesia

Disember 4, 2013

buku nikah

Ada beberapa hal yang perlu di perhatikan apabila anda ingin menikah dengan orang asing. Pernikahan dengan orang asing ini biasa di kenal dengan Pernikahan Campuran di Indonesia. Pernikahan Campuran ini terdapat pada pasal 57 UU No. 1 tahun 1974. Beberapa Hal yang perlu di persiapkan sebelum menikah ( terdapat pada Pasal 6 UU Pernikahan ) adalah Persetujuan dari kedua mempelai, Ijin dari orang tua apabila anda ingin menikah di usia Muda atau di bawah umur 21 tahun.
Selain persyaratan tersebut anda ( kedua Mempelai ) juga harus meminta Surat Keterangan dari Pegawai Pencatat Perkawinan yang menyatakan bahwa anda ( kedua Mempelai ) telah memenuhi syarat untuk melangsungkan pernikahan tanpa ada rintangan.
Beberapa berkas/dokumen  yang harus di persiapkan kedua mempelai selanjutnya :

Untuk anda ( Warganegara Indonesia ) sebagai calon Suami atau Istri :

1. Copy KTP, Akte Kelahiran
2. Surat Keterangan Dari RT/RW yang menyatakan tidak ada halangan untuk melakukan perkawinan
3. Data Orang Tua calon Pembelai

Sedangakan untuk Calon Suami atau Istri yang BERWARGANEGARA ASING harus menyiapkan :

1. Copy KTP (IC, Kad Pengenalan)/Passport, Akte kelahiran (Sijil Kelahiran)

2. Surat Keterangan dari Instansi yang berwenang di Negara ( calon Suami/Istri ) yang menyatakan bahwa calon Suami/Istri dapat menikah tanpa rintangan apapun & akan menikah dengan Warganegara Indonesi

(Surat ini adalah SURAT IZIN MENIKAH DI LUAR NEGARA, atau SURAT KEBENARAN MENIKAH DI LUAR NEGARA, permohonan ini terlampir saat Anda membuat permohonan untuk menikah di Jabatan Agama Islam setempat. Ada satu diantara borang yang anda isi adalah TEMPAT MENIKAH/EMPAT AKAD NIKAH – sila isi alamat tempat anda menikah dengan lengkap, untuk mengelakan kejadian yang tidak di kehendaki di masa depan dan membantu pihak pendaftara nikah kahwin dan rujuk di negara Anda membuat catatan.)

3. Surat Keterangan bahwa Calon Suami/Istri tidak dalam status Kahwin atau Memiliki Istri/Suami.

(Sila lampirkan Surat Perakuan Cerai / Surat Perakuan JAnda/Duda)

Sebagai Catatan :
Apabila calon Suami/Istri sudah pernah menikah maka ia harus menyerahkan Akte Cerai ( Jika Bercerai ) atau Akte Kematian ( Jika mantan Suami/Istri yang sebelumnya telah meninggal dunia)

4. Semua surat harus di terjemahkan oleh Penterjemah Berdaftar (Ada kat Indonesia banyak, Ada juga kat Malaysia) yang akan di angkat sumpah terlebih dahulu untuk memberikan hasil terjemahan yang sesungguhnya.

5. Melegalisir surat atau Mengesahkan semua surat/dokumen tersebut di Kedutaan Negara WNA yang berada di Indonesia.

Langkah selanjutnya yang harus di lakukan oleh kedua membelai adalah melakukan Pencatatan Perkawinan. Menurut pasal 60 ayat 1 UU perkawinan, Pencatatan Perkawinan ini wajib di lakukan untuk mendapatkan Akte Perkawinan ( Buku Nikah ) dari instansi yang berwenang yaitu di kantor Catatan Sipil ( Nasrani ) atau kantor Pencatat Nikah, Talak, Rujuk.

6. Surat Nikah ( akta Perkawinan ) di legalisir/disahkan di Departemen Kehakiman ada di Indonesia

7. Kemudian di legarisir di Departemen HAM (Hal Asasi Manusia)

8. Lalu di legalisir/disahkan di Departemen Luar Negeri

9. Kemudian surat /dokumen tersebut wajib di daftarkan di kantor Kedutaan Negara Suami/Istri berasal.
catatan tambahan :
1. Apabila Pegawai Pencatat Perkawinan menolak untuk memberi surat keterangan untuk menikah, Anda berhak mengajukan tuntutan ke pengadilan yang menyatakan bahwa Penolakan tidak beralasan dan anda berhak meminta Surat Pengganti keterangan yang hanay berlaku selama lebih kurang 6 bulan. Surat ini harus di gunakan dalam jangka waktu yang telah di tentukan atau anda tidak akan dapat menggunakannya lagi.

2. Setiap surat yang telah di legalisir baik di HAM, Departemen Kehakiman, Departemen Luar Negeri juga di kantor Kedutaan Negara Suami/Istri berasal sangatlah bermanfaat sebagai bukti Sah anda telah menikah dengan Suami/Istri berkebangsaan asing dan di terima secara Internasional di Indonesia juga di Negara Suami/Istri berasal.

3. Anak dari hasil Perkahwinan Warganegara Asing / Perkahwinan Campur akan mengikuti kewarganegaraan Asing sama seperti Suami/Istri Anda, kecuali suami/mempelai laki-laki berwarganegara Malaysia, Automatis, anak mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Dan hanya negara Indonesia saja yang memberikan kewarganegaraan ganda kepada anak dengan memohon dan mendaftarkannya di Kantor Imigrasi / Pejabat Imigresen.

4. Anak anda harus memiliki KITAS ( Kartu Ijin Tinggal terbatas ) yaitu selama 1 tahun dan perpanjang selama 2 tahun dengan mengurus Kartu Ijin tinggal menetap ( KITAP ) (Hanya untuk mereka yang berencana untuk tinggal dan meneta[ di Indonesia saja. Apabila anda terutama pasangan laki-laki yang berencana untuk membawa keluarga Anda menetap di negara asal Anda, Silakan rujuk Prosedur Izin / Kebenaran tinggal Mengikut Suami yang terdapat di catatan Imigresen negara masing-masing.

Semoga Bermanfaat.


Keistimewaan Kahwin Campur – Lahirkan Zuriat Yang Baik

November 7, 2013

Pernikahan

APA uniknya perkahwinan campur?. Itulah persoalan utama yang saya ajukan kepada bekas Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abdul Kadir Talib pada pertemuan ringkas di rumahnya di Taman Seri Reko baru-baru ini.

“Keistimewaan paling utama terletak pada zuriat yang bakal dilahirkan. Mereka adalah pembawa baka genetik yang diwarisi daripada keturunan nenek moyang kedua-dua ibu bapanya,” ujar beliau yang pernah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan.

Malah beliau sendiri mempunyai pengalaman berkahwin dengan bukan wanita tempatan.

Sebaliknya, Allah s.w.t. menetapkan jodohnya dengan seorang wanita warganegara mesir keturunan Turki, Allahyarham Sohair Abdel Moneim Ibrahim Serry sewaktu melanjutkan pelajaran ke Mesir.

“Sebenarnya, apabila kita membicarakan soal perkahwinan campur, banyak perkara yang harus diambil kira.

“Paling utama ialah bagaimana kita mendidik pasangan agar menyesuaikan diri dengan cara hidup orang Melayu.

“Di samping itu, bagi pasangan yang berkahwin dengan saudara baru, berbeza pula pendekatannya kerana ia melibatkan aspek amalan agama Islam,” jelasnya mengenai perkahwinan campur.

Menurut beliau, perkahwinan adalah perkara mulia yang dituntut agama. Rasulullah s.a.w. sendiri menggariskan empat perkara untuk dijadikan panduan kepada umatnya dalam hal memilih pasangan, iaitu kecantikan, kekayaan, keturunan mulia dan pegangan agama.

Bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. menasihati umatnya agar berkahwin dengan pasangan yang mempunyai latar belakang didikan agama yang teguh berbanding tiga perkara tersebut.

Ini bagi mengelakkan pelbagai masalah timbul dalam kehidupan alam yang sentiasa bergolak.

Pemilihan

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Berhati-hatilah kamu dalam menentukan pemilihan bagi menurunkan baka kepada mana-mana pihak dalam cara yang baik dan selamat dengan pilihan yang tepat.”

Sesungguhnya, Islam amat memandang berat terhadap baka keturunan bagi memelihara kesucian umat Rasulullah s.a.w.

Perkahwinan campur di Malaysia juga tidak terhad antara Melayu dan Cina ataupun Melayu dan India.

Dalam dunia global hari ini, pergaulan sesama manusia juga semakin melebar dan hampir tiada batasan.

Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi komunikasi menggalakkan interaksi yang luas antara masyarakat antarabangsa.

Dalam konteks ini, Islam mengharuskan dalam soal pemilihan pasangan termasuklah berkahwin di kalangan warga luar.

Hakikatnya, berkahwin dengan saudara baru merupakan dakwah praktikal yang paling mujarab kerana ia akan menyebarkan keturunan di kalangan bukan Islam.

“Walaupun Islam membenarkan tetapi masalah dari segi keagamaan, akhlak dan adat resam hendaklah diambil kira, supaya tidak terbawa-bawa budaya dari negara asal yang tidak berapa sesuai dengan suasana masyarakat di sini,” ujar beliau merujuk betapa Islam memandang berat soal keturunan yang bakal dilahirkan.

Perkahwinan merupakan perkara paling mulia di sisi agama. Atas sebab itu, perkahwinan perlu diputuskan antara lelaki dan perempuan berlainan asal usul dan keturunan, yang dilakukan atas nama Allah s.w.t. dengan adanya wali dan akad.

Dalam alam nyata yang perlu dihayati, perkahwinan campur jika dilakukan atas landasan yang betul, akan melahirkan zuriat yang ketara dari segi kecerdikan, kepintaran dan kecantikan hasil percantuman darah yang berbeza.

TRIGYY COM sunat ketika akad nikah kahwin ustaz don daniyal 2

“Rasulullah s.a.w. sendiri menggalakkan umatnya memilih pasangan yang tidak terlalu rapat hubungan saudaranya.

“Sebaik-baiknya pilihlah pasangan yang di luar kelompok saudara mara,” tambahnya.

Beliau tidak menafikan, ada segelintir masyarakat yang `pekat’ didikan Melayunya, sukar menyesuaikan diri dengan cara hidup pasangannya yang berbeza.

Keharmonian

Bagi Abdul Kadir, untuk memelihara keharmonian rumah tangganya, beliau mengambil pendekatan mudah dengan tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan isterinya.

Mengimbas kembali detik awal perkahwinannya kira-kira 39 tahun yang lalu, beliau berkata segala yang berlaku di luar perancangannya.

Mereka bertunang selama tujuh tahun sejak isterinya berumur 14 tahun dan belajar di sekolah menengah, sebelum mengambil keputusan berkahwin pada 11 Oktober 1964.

“Selepas berkahwin, saya bawa isteri saya pulang ke kampung di Johor. Bukan hendak menduga akalnya, tetapi dia tidak pernah membantah, malah mengikut sahaja ke mana saya pergi termasuk meredah paya, sungai dan sawah padi,” kenang beliau mengenai keistimewaan isteri yang amat dikasihi, yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Membentuk

Walaupun berkahwin dengan orang luar, Abdul Kadir berjaya membentuk isterinya untuk menjalani hidup seperti orang Melayu termasuk memakai baju kurung, memasak makanan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

“Manusia sentiasa dibekalkan dengan akal dan ilmu. Jika seorang suami dan isteri yang bijak, maka tidak timbul masalah penyesuaian budaya jika berkahwin dengan orang asing,” jelasnya lagi.

Menurut beliau yang berasal dari keturunan Bugis, keenam-enam anaknya mempunyai perbezaan yang ketara dari segi rupa paras, kecerdikan dan warna kulit kerana mewarisi gen nenek moyangnya.

Anak sulungnya, Wafa, 39, mewarisi darah keturunan Arab daripada ibunya. Begitu juga anak keduanya, Jamal, 37. Manakala Ilham, 35, Amar (meninggal sewaktu berumur 10 tahun), Hibatullah, 29 dan yang bongsu, Badriah, 27 masing-masing turut mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kesungguhan isterinya mendalami bahasa Melayu terbukti apabila beliau sanggup mengikuti kursus di Universiti Malaya (UM), walaupun fasih berbahasa Inggeris dan Arab.

Selain menjadi anggota Persatuan Penterjemah Malaysia peringkat antarabangsa, isterinya juga merupakan tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 25 tahun, dan dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Pengajian Bahasa Arab.

“Saya sangat bangga dengannya apabila suatu hari isteri saya berkata, “Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia tetapi saya berasal dari Mesir dan berdarah keturunan Turki” katanya tersenyum.

Pada pandangan beliau, selain tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan, beri masa kepada pasangan untuk memilih yang terbaik dan pada masa yang sama, bimbinglah mereka berdasarkan acuan budaya Melayu dan tuntutan agama Islam.

Source :
© Utusan Melayu (M) Bhd

Oleh ZUNAIDAH ZAINON


Sad Story Ever

Mac 18, 2013

4 days before her birthday… I asked her to marry other guy, coz that guy so near to her and already proposed her. I’m so far from her, but I love her so much. She angry and maybe so sad when heard that suggested from me. Because I know that she loves me much better than me. But I don’t know why I asked her to do that. And one word she said, she will leave me if I’m talking about nonsense. She asked me to stopped talking about that nonsense.  Suddenly she disappeared with her last message “Allah Hafiz”. She just leaves me a short message. Till the day of her birthday. I’m waiting for her at everywhere, called her but she’s not pick my called till the next early morning, someone who update the status with her last picture at her Google+ and says,

“I am Sorry to telling everyone that this girl was already passed away out of Acute Mylogeneous Leukemic yesterday morning at 6.00am o’clock at her home on her lovely touched of 33 years old birthday, 21 March 2012. As a cousin, I will offline all her online status. Please pray for her. Thank you”

Every year, when March coming, I feel so sad and sometime I can’t do anything. It’s already nearby one year she left me. But till now, I can’t forgive myself. Cause I make her sad and unappreciated her love for me. I feel guilty and really I miss her so much. If Allah give me sometime to make her happy, i will do as well as i can. and i will hugging herself till the end of her life. May Allah bless her soul and put her inside His Jannah.  Thumma Aameen

no one knows what will happen tomorrow… so if u love someone, do everything today… fighting ur love.. otherwise its gonna be too late…

Natasia Maiza


Poligami Di Selangor – Perlukah Suami Minta Izin Isteri?

Mac 18, 2013

Terdapat dua ayat al-Quran yang membincangkan isu poligami. Surah Al-Nisa’, ayat 3 menyatakan:

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka berkahwinlah dengan perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (Antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…Yang demikian itu adalah lebih dekat, (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Kemudian dalam ayat 129 surah yang sama, Allah berfirman seterusnya;

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu, sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).”

Menurut dua ayat di atas, poligami lebih dilihat kepada satu tanggungjawab dan sekatan untuk memastikan keadilan terhadap balu dan anak-anak yatim. Tetapi poligami yang berlaku sekarang kebanyakannya adalah tidak menurut asas ini.

Mengikut perundangan syariah di Malaysia, kaum lelaki dibenarkan berpoligami tetapi beliau haruslah memenuhi beberapa syarat. Setiap negeri mempunyai syarat yang berbeza berkaitan poligami. Contohnya di negeri Perak, suami yang hendak berpoligami tidak perlu memohon kebenaran mahkamah. Tetapi lain halnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Di kedua-dua negeri ini, suami yang ingin berpoligami hendaklah mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Di Selangor, seorang suami yang ingin memohon untuk kebenaran berpoligami perlu mengikuti sesi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan untuk mendapatkan panduan berumah tangga. Beliau harus mengisi borang IB, iaitu borang permohonan berpoligami dan membuat Akuan Bersumpah dengan membawa dua orang saksi lelaki. Mahkamah Syariah akan memberi satu tarikh bagi membicarakan permohonan suami.

Ini menurut seksyen 23 Undang-Undang Keluarga Islam (negeri Selangor) 2003. Dalam mendapatkan kebenaran mahkamah, ada beberapa faktor yang akan dipertimbangkan. Menurut seksyen 23(4) faktor-faktor yang dipertimbangkan ini antaranya adalah mengapa poligami itu patut dan perlu, pendapatan suami, tanggungannya, yang sedia ada dan yang akan ditanggungjawabkan dan sama ada izin atau pandangan isteri sedia ada telah diperoleh.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah Mahkamah Syariah akan juga mengambil kira perasaan isteri dalam perkahwinan poligami yang dirancang oleh suami. Ia bukanlah bermakna bahawa sekiranya isteri sedia ada tidak bersetuju, Mahkamah Syariah akan turut tidak bersetuju. Persetujuan isteri hanyalah salah satu perkara yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah. Mahkamah Syariah masih boleh memberi kebenaran bagi suami untuk berpoligami sekiranya isteri sedia ada tidak bersetuju ke atas permohonan poligami suami.

Salah satu seksyen (5) yang baru di dalam enakmen ini adalah Mahkamah Syariah hendaklah memanggil suami, isteri sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana pihak yang mahkamah fikir patut untuk memberi keterangan tentang perkahwinan poligami ini.

Perkara ini membolehkan perkahwinan ini diketahui oleh semua pihak yang terbabit dan tidak berada di dalam keadaan rahsia. Ia dapat mengelakkan kes-kes di mana isteri sedia ada tidak mengetahui suami telah berkahwin lain, suami yang menipu mengenai status kahwinnya yang sebenar kepada bakal isteri, suami berbohong dalam borang permohonan kahwin dan ketidakadilan ke atas anak-anak kerana tidak mendapat nafkah secukupnya.

Adalah wajar bagi mahkamah untuk memanggil isteri sedia ada bagi memberi keterangan terhadap permohonan poligami suaminya. Ini kerana isteri sedia ada sudah bertahun-tahun bersama suaminya dan dia lebih arif terhadap prilaku suami daripada orang lain. Tentu sekali sekiranya suami adalah seorang yang suka mendera, menipu atau berbohong dia tidak layak untuk berpoligami.

Persoalan kemampuan suami untuk berlaku adil antara isteri-isteri adalah penting untuk ditentukan dan tiada siapa yang lebih layak memberi pandangan selain daripada isteri sedia ada. Suami yang mahu berpoligami haruslah tidak menganggu nafkah keluarga sedia ada.

Dalam kes Rajmah Lwn Abdul Wahab (1990) 7 JH 171, Jawatankuasa Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak permohonan poligami kerana suami telah gagal untuk membuktikan kemampuan kewangannya untuk berpoligami.

Sememangnya terdapat kes di mana suami tidak memberitahu isteri sedia ada mengenai permohonan poligaminya. Sekiranya suami berkahwin di luar negara maka dia hanya perlu mendaftarkan perkahwinan poligami tersebut.

Proses pengesahan adalah berlainan dari perbicaraan poligami dan isteri sedia ada tidak perlu dipanggil untuk hadir.
Juga sekiranya suami berkahwin di negeri lain dari tempat dia tinggal, contohnya sekiranya dia menetap di Selangor dan memohon untuk berkahwin di Perlis. Undang-undang Syariah di Malaysia adalah berdasarkan tempat dan bermakna keperluan syarat yang ada di Selangor adalah tidak terpakai di Perlis. Oleh itu, isteri sedia ada tidak perlu dipanggil.

Justeru adalah perlu bagi keseragaman undang-undang syariah di Malaysia, bersamaan dengan undang-undang sivil. Apalagi kita merupakan satu Negara dan oleh itu tidak perlu adanya berlainan undang-undang syariah di setiap negeri. ia juga memudahkan masyarakat Islam kita.


Prosedur Permohonan POLIGAMI

Mac 18, 2013
Poligami Print
MAKLUMAT UMUM
Allah Ta’la telah berfirman dalam Surah An Nisa’: ayat 3 yang bermaksud:
 Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
– Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
– Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
– Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
– Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI
* Dapatkan Borang 2B Di JAIS/PAID atau Mengisi Permohonan Secara Online Di Alamat htttp://ncr.jais.gov.my
* Lengkapkan Borang dan Lampirkan Dokumen Sokongan.
* Dapatkan Pengesahan Dari Penolong Pendaftar Nikah Kariah.
* Dapatkan Sokongan Berkahwin dari PAID.
* Daftarkan Permohonan Di MAHKAMAH TINGGI SYARIAH .

DOKUMEN SOKONGAN
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) pemohon.
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) isteri / isteri-isteri sedia ada .
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) bakal isteri.
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) wali kepada bakal isteri.
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) 2 orang saksi.
* Rekod Ujian Saringan HIV (Hanya di klinik kerajaan sahaja.)
* Borang 1 (Akaun Pengesahan Pemastautin) yang disahkan oleh Nazir Masjid/ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan/ Pengerusi JKKK/ Penghulu Mukim/ Pegawai Kumpulan
A (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam MyKad)
* Salinan Surat Perakuan Nikah/ Surat Perakuan Rujuk.
* Salinan MyKad / Surat Beranak Anak-anak.
* Surat / Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara baru).
* Salinan Slip Gaji Akhir / penyata Akaun Simpanan Bank yang diperakui / Akaun Sumpah jumlah pendapatan pemohon.
* 3 set Salinan Borang 2B dan dokumen sokongan.

MAKLUMAT TAMBAHAN
 1. a) Borang 2B ini hanya untuk pemohon yang beralamat MyKad atau bermastautin di Negeri Selangor sahaja.
b) Kadar bermastautin adalah 4 bulan atau lebih walaupun alamat MyKad di luar Negeri Selangor.
c) Kelayakan bermastautin adalah apabila memperolehi pengesahan bermastautin dari Nazir Masjid/ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pegawai Kumpulan A (Hanya pengesahan dari jawatan yang disenaraikan sahaja diterima).
 2. a) Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap menggunakan huruf besar dan berdakwat hitam atau biru tanpa ditandatangani dahulu.
b) Setiap kesalahan perkataan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas atau diganti dengan borang baru.
c) Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.
d) Pastikan dokumen sokongan adalah betul, mencukupi, dan dilampirkan bersama dengan borang sebelum berjumpa PPN. Jangan palang/tandakan setiap dokumen sokongan dengan sebarang tulisan.
 3. a) Pemohon dan 2 orang saksi hendaklah berjumpa dengan PPN di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin.
b) Jika ketiadaan PPN, pemohon dan 2 orang saksi hendaklah hadir ke PAID.
c) Syarat 2 orang saksi ini hendaklah lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan mengenali status pemohon. Pastikan tandatangan pemohon dan 2 orang saksi dibuat di hadapan PPN.
d) Pastikan PPN telah membuat pengesahan dengan bukti tandatangan, tarikh dan cop rasmi pada borang pemohon.
 4. a) Setelah sempurna pengesahan PPN, pemohon hendaklah hadir ke PAID di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan sokongan dan pengesahan.
b) 2 orang saksi tidak perlu di bawa bersama ketika berususan di PAID.
c) Setelah mendapat pengesahan PAID, pemohon perlu mendaftarkan permohonan ke MAhkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor.
d) Jika Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor memberi Surat Kebenaran berkahwin, sila rujuk semula Pejabat Agama Islam untuk urusan lanjut berkaitan pernikahan.

 5. a) Surat Kebenaran Berkahwin yang diperolehi kemudiannya hendaklah disertakan kepada pihak perempuan untuk tindakan seterusnya.

Prosedur Perkahwinan Islam ~ Dokumen Yang Di Perlukan Pihak Lelaki / Suami (Bukan Warganegara)

Mac 18, 2013

PROSEDUR PERKAHWINAN MENURUT UNDANG-UNDANG ENAKMEN KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

dokumen yang diperlukan bagi pihak suami (bukan warganegara) :
-salinan pasport
-surat keterangan diri dari pihak agama/berkuasa negara asal (dapatkan surat dari RT/Rw kemudian bawa ke Departemen agama KUA, dari sini pasangan akan mendapatkan surat izin tumpang menikah di malaysia.)
-Bagi pemohon duda- sertakan Akuan Perceraian atau sijil kematian
-Surat kebenaran daripada Kedutaan Indonesia di Malaysia
-Kursus perkahwinan (pasangan anda walaupun berwarganegara asing, dia juga wajib mengikuti kursus perkahwinan sm spt warganegara malaysia lainnya… ini sudah dikuatkuasakan pada tahun 2001… )
-Borang pemeriksaan HIV

setelah kursus baru beli borang permohonan nikah, 2 set utk anda dan bakal suami, then baru g periksa HIV)

kemudian anda harus ke bahagian Undang2 Syariah di Jabatan Agama
-dapatkan Surat permohonan pengesahan Pasport (utk bakal suami)
-lakukan pengesahan pasport bakal suami anda di Jabatan Imigresen Malaysia

Bawa semua dokumen ke bahagian Undang2 Syariah di Jabatan Agama
-submit dokumen anda dan bakal suami
-dapatkan surat kebenaran berkahwin (surat ini hanya akan dikeluarkan pihak agama malaysia setelah semua dokumen anda lengkap dan tidak bermasalah)

Setelah itu anda harus ke Kaunter semakan dan temubual (pejabat Agama islam Daerah)
-sesi temubual di pejabat agama daerah,
-BORANG 3 DIKELUARKAN – KEBENARAN MENIKAH (setelah semua dokumen dan sesi temubual dijalani dengan lengkap)
-Beli BORANG 6 (PERMOHONAN MENDAFTARKAN PERNIKAHAN)
-Beli BORANG 8 (SIJIL NIKAH)

-jumpa jurunikah/imam mukim utk urusan selanjutnya (AKAD NIKAH)
-hadir ke pejabat agama untuk mengambil sijil nikah yang sudah siap sekitar 3 hari setelah akad nikah
——————————————-

untuk menikah di setiap daerah atau negeri di malaysia…
-anda harus berdomisili sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum memohon untuk menikah…kurang dari itu adalah tidak dibenarkan…
-anda harus mendapatkan surat/bukti menetap dari ketua kampung di tempat anda mahu menikah (dimana sahaja di setiap daerah / negeri di malaysia) kerana alamat yang tertera di IC anda adalah alamat tempat anda tinggal menetap.


Prosedur Perkahwinan Islam ~ Dokumen Pasangan Dari NEGARA PASANGAN BERASAL/WARGANEGARA ASING

Mac 18, 2013

PROSEDUR PERKAHWINAN MENURUT UNDANG-UNDANG ENAKMEN KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Dokumen Pasangan Dari NEGARA PASANGAN BERASAL/WARGANEGARA ASING :

– Salinan Pengenalan Diri & Paspor
– Surat Keterangan Diri dari PIHAK BERKUASA AGAMA NEGARA ASAL
– Surat Pemohonan Menikah di luar Negeri
– Surat Kebenaran Berkahwin
– Bagi pemohon DUDA/JANDA – sertakan surat AKUAN PERCERAIAN atau SIJIL KEMATIAN & SIJIL NIKAH
– Bagi pemohon POLIGAMI – sertakan surat AKUAN KEBENARAN DARI ISERI & SIJIL NIKAH
– Surat WAKALAH WALI bagi perempuan (JIKA WALI TIDAK BISA HADIR SEMASA PERNIKAHAN)
– Surat Kebenaran dari KEDUTAAN KONSULAT DI MALAYSIA

### PASTIKAN SEMUA DOKUMEN ANDA JUGA SUDAH LENGKAP. SILA BELI BORANG PERNIKAHAN ANDA DI PEJABAT AGAMA ISLAM YANG BERDEKATAN .

Dokumen Pasangan anda yang harus didapatkan dari MALAYsia :

– KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM – SIJIL
– BORANG PEMERIKSAAN HIV dan PEMERIKSAAN dilakukan DI KLINIK/HOSPITAL KERAJAAN
– Dapatkan SURAT MOHON PENGESAHAN PASPORT
– Dapatkan PENGESAHAN PASPORT di JABATAN IMIGRESEN di DAERAH ANDA (MALAYSIA)
– Ke bahagian UNDANG_UNDANG SYARIAH Di tempat ANDA – Dapatkan Surat Kebenaran Menikah
– Bawa semua dokumen anda & pasangan ke PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH – Submit dokumen anda dikaunter semakan dan sesi temubual
apabila sudah lengkap/ borang 3 (KEBENARAN BERKAHWIN) dikeluarkan
– Kemudian and MUKIM TEMPAT PERNIKAHAN UTK URUSAN SELANJUTNYA (Akad Nikah)


IMMIGRATION DOCUMENT ~ Permohonan Baru Isteri Atau Suami Kepada Warganegara

Mac 18, 2013

Permohonan Baru Isteri Atau Suami Kepada Warganegara

  1. Suami atau Isteri mesti hadir bersama
  2. Dokumen yang perlu dikemukakan:
    1. Borang Imm.12
    2. Borang Imm.38 (2 salinan)
    3. Borang Imm.55 (2 salinan)
    4. Borang kenyataan penaja
    5. Security bond – dimatikan setem RM10.00
    6. Surat akuan sumpah berserta gambar dan dicop Pesuruhjaya Sumpah
    7. Kad pengenalan dan sijil lahir suami / isteri
    8. Sijildaftar perkahwinan
    9. Bukti surat cerai/ sijil mati (jika berkaitan)
    10. Gambar perkahwinanukuran poskad
    11. Sijil lahir anak (surat pengesahan dari mahkamah jika anak tiri)
    12. Lesen niaga/ ROC syarikat/ Borang J (Jika bekerja sendiri)
    13. Surat pengesahan dari majikan dengan letter head (Jika bekerja)
    14. Bukti pendapatan (slip gaji 3 bulan terakhir/ buku bank/ borang J)
    15. Bukti alamat tempat tinggal (bil utiliti)
    16. Pasport Malaysia suami / isteri(semua muka surat)
    17. Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan

Nota:

Bagi Warganegara China dan Negara-Negara Afrika, permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Ibupejabat Jabatan Imigresen Malaysia.

 

Telah Dikemaskini pada Selasa, 07 Ogos 2012 07:07

IMMIGRATION DOCUMENT ~ Permohonan Lanjutan Bagi Suami/Isteri Kepada Warganegara

Mac 18, 2013

Permohonan Lanjutan Bagi Suami/Isteri Kepada Warganegara

1. Dokumen yang diperlukan

  1. Borang Imm.55
  2. Borang Imm.38
  3. Surat akuan sumpah oleh suami isteri perkahwinan masih wujud dan kekal
  4. Sijil kelahiran anak (jika ada)
  5. Kad pengenalan suami/ isteri
  6. Sijil kahwin (luar negara/ Malaysia)
  7. Pasport suami/ isteri (semua muka surat yang bercetak)

Nota :

  1. Suami isteri mesti hadir bersama
  2. Bagi Warganegara China dan Negara-Negara Afrika, permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Ibupejabat Jabatan Imigresen Malaysia.

 

Telah Dikemaskini pada Selasa, 07 Ogos 2012 01:49

IMMIGRATION DOCUMENT ~ Syarat dan Peraturan Kebenaran Bekerja Pasangan Warganegara

Mac 18, 2013

Syarat dan Peraturan Kebenaran Bekerja Pasangan Warganegara

  1. Pemohon merupakan isteri atau suami kepada warganegara Malaysia yang mana perkahwinan mereka telah didaftarkan secara sah dan teratur di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
  2. Pemohon adalah layak diberikan ataupun telah diberikan Pas Lawatan Sosial dibawah kemudahan suami atau isteri asing kepada warganegara Malaysia.
  3. Pekerjaan atau perniagaan yang dilakukan itu adalah merupakan pekerjaan atau perniagaan yang sah mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan yang berkuatkuasa di Malaysia.
  4. Kebenaran melakukan pekerjaan atau perniagaan ini dicatatkan ataupun di endos dalam Pas Lawatan Sosial yang berkaitan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia atau mana-mana Pegawai Imigresen yang diberi kuasa untuk membuat catatan/endorsan tersebut.
  5. Pemegang Pas Lawatan Sosial tersebut mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia bagi maksud pengeluaran Pas Lawatan Sosial tersebut serta bagi maksud membuat catatan/pengendorsan yang berkaitan.
Telah Dikemaskini pada Jumaat, 09 Mac 2012 02:13

We Malo

Mac 18, 2013
we malo law lela tohna b’eed w sebna kole el nas
ana ya habibi hases be hob gedeed maleeny dah el ehsas
wana hena ganby aghla el nas
ana ganby ahla el nas
habibi lela ta’ala nensa feha el gerah
tala gowa hodny wertah
di lela teswa kol el hayah
w maly gherak
w lola hobbak ha’eesh lemeen
habibi gaya agmal seneen
w kol mada tehla el hayah
habibi elmes edaya ashan asada eli ana feh
yama kan nefsy aablak baalee zaman
khalas w hahlam leh
mana hena ganby aghla el nas
ana ganby a7la el nas
habibi lela ta’ala nensa feha el gerah
tala gowa hodny wertah
di lela teswa kol el hayah
w maly gherak
w lola hobbak ha’eesh lemeen
habibi gaya agmal seneen
w kol mada tehla el hayah
————————————————-
So what if we got lost one night…
And left everyone behind?
My darling, I feel a new love.
You have filled me with this feeling.
And here, I am beside the most precious person.
I am beside the most beautiful person.

Darling, tonight, let us forget all that is past.
Stay in my embrace and relax.
This night is worth the rest of my life.

There is nobody else for me but you and without you, I would have no reason to live.
Darling, the best years are coming.
And every day, life will get better.
Darling, touch my hand…
So that I may believe what is going on.
For so long I had wished to meet you.
And now, there is no need to dream.
I am already here, beside the most precious person.
I am beside the most beautiful person
# Subhanallah… this is a sweet sweet words…

IMMIGRATION DOCUMENT ~ Pas Lawatan (Sosial) Jangka Pendek

Mac 18, 2013

Pas Lawatan (Sosial) Jangka Pendek

1. Semua pelawat-pelawat asing yang masuk ke Malaysia melalui mana-mana pintu masuk akan diberikan kemudahan Pas Lawatan (Sosial) untuk tujuan lawatan sosial termasuk aktiviti-aktiviti berikut :

  1. Melawat saudara mara
  2. Melancong
  3. Membuat liputan akhbar / berita
  4. Menghadiri mesyuarat
  5. Mengadakan perbincangan mengenai perniagaan / perdagangan
  6. Pemeriksaan kilang
  7. Mengaudit akaun syarikat
  8. Menandatangani perjanjian-perjanjian
  9. Menghadiri seminar-seminar
  10. Lawatan muhibah (goodwill mission) penuntut-penuntut atau menduduki peperiksaan peringkat Universiti
  11. Mengambil bahagian dalam perlawanan olahraga atau sukan dan
  12. Kegiatan-kegiatan khas yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
2. Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial

Permohonan lanjutan akan dipertimbangkan bagi kes-kes khas seperti sakit, kemalangan, peperangan di negara asal pelawat dan sebagainya.  Pelawat juga dikehendaki mengemukakan bukti dan juga tiket perjalanan ke negara asal atau ke negara ketiga.

3. Dokumen-dokumen yang diperlukan

  1. Pasport pemohon
  2. Borang IMM 55
  3. Dokumen Sokongan(jika perlu)
  4. Tiket perjalanan ke Negara asal atau ke Negara ketiga.
Telah Dikemaskini pada Selasa, 07 Ogos 2012 07:08

LOVE IS CINTA

.:: Karena CINTA Kita Selalu Ada ::.

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

DAPUR IZZI

~ My Kitchen Dictionary ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

Not all those who wander are lost.

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

bcrita.com

Bercerita Mengenai Informasi dan Inspirasi Terkini

Didik Rahmadi

Aku menulis untuk ku ingat kembali

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel

Impossible

Selamat Datang, Selamat Menikmati

Agnez Simple But Incredible

A fine WordPress.com site

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 203 other followers