Solat Sunat Tarawih dan Solat Witir


A. Salat Sunat Tarawih / Taraweh / Teraweh

sunsetview

Solat sunat ini banyak bahagiannya, diantara solat sunat Rawatib yang dikerjakan secara sendirian ketika sebelum dan sesudah solat sunat Fardhu, solat Tahajjud, solat Dhuha dan lain-lain. Begitu juga solat sunat ada dikerjakan secara berjamaah seperti solat sunat gerhana matahari dan gerhana bulan, solat sunat ‘Aidil Fitri dan Aidil ‘Adha, solat sunat Tarawih dan sebagainya.

Mengenai solat Tarawih, sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah SAW solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan sendirian ataupun secara berjamaah di masjid ataupun surau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjamaah.

Rasulullah SAW pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjamaah. Pada malam yang keduanya, baginda dapati sambutan begitu ramai daripada para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggap solat Tarawih itu sebagai wajib. Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjemaah bersama Rasulullah SAW. Tetapi Rasulullah tidak mahu hadir kerana bimbang umat Islam akan menganggab ibadah itu sebagai wajib, bukan kerana tidak mahu berjamaah.

Kemudian pada zaman Sayidina Umar Al Khattab, beliau menghimpun para sahabat yang solat berkelompok- kelompok dalam masjid menjadi satu jemaah. Namun perubahan yang dilakukan oleh Sayidina Umar ini tidaklah menimbulkan anggapan bahawa solat Tarawih ini menjadi wajib.

Begitu juga halnya jika kita terlambat datang untuk Tarawih sedangkan imam telah mengerjakan satu rakaat maka bolehlah kita masuk masbuq, jika kita ingin mengikutinya, dan boleh pula kita menunggu pada rakaat berikutnya. Kerana jumlah rakaat Terawih itu tidak terikat pada jumlah-jumlah tertentu dan boleh kita mengerjakannya menurut kemampuan kita.

Solat tarawih adalah solat yang dikerjakan di malam hari pada bulan Ramadhan yang dapat dikerjakan secara sendiri atau berjemaah. Waktu pelaksanaan solat tarawih adalah setelah pelaksanaan solat isya’ sampai dengan terbit fajar subuh.

Solat tarawih hukumnya sunat muakkad / sunat penting yang terdiri dari 8 atau 20 rakaat diakhiri dengan sollat sunah witir 3 raka’at. Solat Sunat Tarawih dikerjakan dengan setiap dua atau empat raka’at diakhiri satu salam. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surat Al-ikhlas setelah membaca surat Al-fatihah.

B. Solat Sunah Witir

Solat witir adalah ibadah solat tambahan yang dikerjakan sebagai penutup ibadah dengan jumlah rakaat yang ganjil. Solat dua rakaat dilanjutkan dengan satu tahiyat. Seterusnya dengan satu rakaat dilanjutkan dengan satu tahiyat. Hukum solat witir adalah sunat muakkad yang waktu pengerjaan solatnya adalah setelah solat isya’ atau setelah solat tarawih.

Solat witir dikerjakan dengan jumlah rakaat yang ganjil. Jika melakukan witir tiga raka’at dapat langsung salam / satu tahiyat. Pada rakaat pertama dibaca surat Al-a’laa, rakaat kedua Al kafirun dan yang ketiga membaca tiga surat sekaligus berurutan al ikhlas, al falaq dan an naas
.

2 Responses to Solat Sunat Tarawih dan Solat Witir

  1. NATASIA MAIZA berkata:

    waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

    Subhanallah…

    Saudara,
    Di artikel yg telah saya terbitkan ada tertulis tatacara solat tarawih dan solat witir.

    Dimana solat tarawih dikerjakan dengan 2 rakaat 1 salam sebanyak 2 kali sama spt solat sunat lainnya dan setiap selesai 4 rakaat iaitu 2 salam, kita diperbolehkan utk berhenti istirehat sebentar. kemudian dilanjutkan dengan 2 rakaat 1 salam sebanyak 2 kali sekali lagi dan kemudian dilanjutkan dengan solat sunat witir 2 rakaat 1 salam dan di tambah dengan 1 rakaat 1 salam. kerana solat sunat witir dikerjakan dengan rakaat yang ganjil.

    Terima kasih kerana melayari blog saya.
    jazakallahu khairon…

  2. kamisdarjo berkata:

    assalammualaikum.boleh terangkan bagaimana cara2nya mengerjakan solat sunat tarawih. dari dua rakaat pertama hingga kelapan jika di kerjakan sebanyak lapan rakaat. dan bagaimana pula caranya mengerjakkan sunat solat witir tiga rakaat dengan satu salam.terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

LOVE IS CINTA

.:: Karena CINTA Kita Selalu Ada ::.

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

DAPUR IZZI

~ My Kitchen Dictionary ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

Not all those who wander are lost.

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

bcrita.com

Bercerita Mengenai Informasi dan Inspirasi Terkini

Didik Rahmadi

Aku menulis untuk ku ingat kembali

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel

Impossible

Selamat Datang, Selamat Menikmati

Agnez Simple But Incredible

A fine WordPress.com site

%d bloggers like this: