:: HUKUM NIKAH :: Mutaah – Pampasan Perlu dibayar Kepada Isteri


Merujuk kepada ayat 236, surah al-Baqarah yang bermaksud:

al baqarah 236

“Hendaklah kamu memberikan mutaah kepada mereka yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah memberikannya menurut kemampuan mereka dan bagi suami yang susah menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut apa yang patut dan menjadi satu kewajipan ke atas orang yang mahu berbuat demikian.”

Menurut sekolah perundangan Imam Syafie pula, mutaah adalah wajib diberikan kepada isteri sama ada dia diceraikan sebelum disetubuhi atau sesudah disetubuhi atau sama ada sudah ditentukan maharnya atau belum.

Ia perlu dibayar dalam semua bentuk penceraian bagi isteri yang diceraikan kecuali dalam kes isteri yang diceraikan setelah maharnya ditentukan dan perceraian itu berlaku sebelum persetubuhan. Ia boleh diberikan dalam bentuk wang, pakaian dan lain-lain barang.

Ternyata di sini bahawa mutaah adalah termasuk suatu pampasan yang perlu dibayar kepada isteri. Pemberian mutaah ini mempunyai beberapa hikmah.

Mutaah bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh seorang bekas isteri akibat diceraikan oleh bekas suaminya.

Dengan memberikan mutaah ini, bekas isteri akan dapat memulakan penghidupan yang baru, secara persendirian atau sebelum dia dapat berkahwin dengan lelaki lain atau sebelum dia kembali semula kepada suaminya yang asal. Maka peruntukan Akta Keluarga Islam adalah digunapakai atau dirujuk dalam permasalah seperti ini.

Seksyen 56, menerangkan mengenai mutaah. Ia adalah suatu pembayaran pampasan yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isterinya selepas mereka bercerai sama ada berupa wang ataupun barangan. Bayaran atau pampasan ini adalah dikira bayaran wajib yang perlu dibayar oleh bekas suami apabila perceraian itu berlaku bukan disebabkan kesalahan oleh pihak isteri.

Mutaah Bukan Pelacur

Kadar mutaah itu akan ditentukan oleh Hakim Mahkamah Syarie dan tiada panduan tetap untuk menentukan kadar dalam pemberian mutaah daripada seorang bekas suami kepada isteri yang diceraikan itu. Walaupun begitu secara amnya mahkamah akan melihat status atau kemampuan suami puan dalam perintahnya untuk pemberian mutaah. Mahkamah juga akan mengambil kira “pengorbanan” yang telah diberi oleh pihak isteri.

Fakta bahawa isteri sebagai suri rumah dan menjaga keluarga dengan baik sehingga membolehkan suami mencapai kedudukan yang tinggi kini boleh dinyatakan juga. Begitu juga perlepasan jawatan isteri sekiranya ia pernah bekerja sebelumnya.

Mahkamah juga akan mengambil kira jangka masa perkahwinan tersebut. Berpandukan kepada kes-kes yang telah diputuskan, amalan dalam menentukan pemberian mutaah kepada isteri yang diceraikan oleh bekas suami mereka adalah seperti berikut:

i) Perceraian itu bukan kerana nusyuz yang telah disabitkan oleh mahkamah – perlu dinyatakan di sini bahawa perintah nusyuz hanya boleh diberi oleh mahkamah dan bukan oleh suami. Suami tidak boleh memberi alasan isteri nusyuz di dalam perbicaraan tuntutan. Nusyuz adalah tindakan yang harus diambil berasingan.

ii) Pihak isteri tidak bersedia atau bersetuju untuk menggugurkan tuntutan mutaah,

iii) Kadar mutaah bergantung kepada keadaan dan kemampuan suami.

Sekiranya kedua-dua pihak tidak bersetuju, kadar ini akan ditentukan oleh mahkamah.

4 Responses to :: HUKUM NIKAH :: Mutaah – Pampasan Perlu dibayar Kepada Isteri

  1. NATASIA MAIZA berkata:

    Waalaikumsalam..

    Mut’ah diwajibkan kepada wanita/istri yg diceraikan dan sdh disetubuhi. Dan Mut’ah diberikan saat istri masih di dalam iddah.

    Namun tidak diwajibkan saat istri sdh menikah lagi.

    Tidak perlu.

  2. shafwan berkata:

    Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya, adakah bayaran mut’ah diwajibkan walaupun bekas isteri telah berkahwin lain? Disebabkan pada masa kami bercerai dahulu, permohonan mahkamah agak lambat dan kami berdua bekerja, jadi kami sendiri memutuskan tentang bayaran mut’ah tersebut.. adakah saya perlu untuk menfailkan tentang ini di mahkamah?

  3. NATASIA MAIZA berkata:

    Salam Puan Alin,

    InsyAllah saya akan menjawab pertanyaan puan…
    Adakah saya boleh memohon nafkah mutaah drp bekas suami?

    “Hendaklah kamu memberikan mutaah kepada mereka yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah memberikannya menurut kemampuan mereka dan bagi suami yang susah menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut apa yang patut dan menjadi satu kewajipan ke atas orang yang mahu berbuat demikian.”

    Jawapan saya : Boleh. Mutaah ini diberikan kepada isteri yang diceraikan setelah disetubuhi atau pun sebelum. Mutaah bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh seorang bekas isteri. Namun saya memberi saran agar pun tidak emosi dan terburu-buru mengajukan sebarang permohonan. kerana pernyataan puan ringkas sekali dan bisa saja difikirkan logikanya dengan kemahuan puan untuk mengajukan tuntutan mutaah dari defendan.
    seperti pernytaan puan diatas :

    “….defendan hanya mengatakan pada hakim ” saya minta dikurangkan bayaran nafkah RM1600 itu ” seterusnya hakim meminta kami berbincang diluar mahkamah.”

    seandainya saya bisa menberikan saran lagi, fikirkanlah kemampuan dan kesanggupan defendan kerana dengan menuntut nafkah buat anak-anak saja beliau meminta dikurangkan, bagaimana nanti jika puan menuntut mutaah kepada beliau. bisa-bisa, nafkah anak-anak tidak tersanggupi dan mutaah yang harus diberikan jadi keciciran kemana-mana. dan dengan kerana itu, proses mahkamah tergantung dan tidak dapat berjalan dengan baik.

    jika saya berada ditempat puan sekarang…, maaf…. saya akan menuntut nafkah buat anak-anak dan mengabaikan hak saya dalam mutaah. mengapa??? kerana mutaah adalah tanggungjawab suami, dan suamilah yang WAJIB memberikannya dengan kewajiban yang terpikul, dan biarkan saja hak saya terabaikan. silakan saja nanti dipertangungjawabkan disana. lagipula puan, tidak tersanggupi oleh saya turun naik makhkamah hanya kerana mutaah. bukankah waktu itu lebih berharga untuk diberikan kepada anak-anak yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang.

    Maaf seandainya saya seringkas ini menjawab… semoga dengan seringkas ini puan bisa memikirkan kembali dengan jernih dan saksama.

  4. alin berkata:

    As salam.
    Saya memohon penjelasan berkenaan perceraian melalui mahkmh. Borang dihantar adalah borang perceraian secara biasa tetapi ulasan dinyatakan adalah sebagai “pohon takliq kerana suami telah meninggalkan rumah selama 8 bulan dan tidak bersekedudukan melebihi 10 bulan, juga mempunyai pihak ketiga dipihak suami yg sering memaklumkan perhubgn mereka kpd saya “. Proses perceraian berlaku di makkhmh syariah gombak semalam dan saya sebg plantif hanya mampu menyatakan secara verbal apabila disoal,” saya memohon perceraian dr suami saya “. Defendan menjawab sebagai ” saya setuju ” & seterusnya lafaz cerai dibuat . Adakah saya boleh memohon nafkah mutaah drp bekas suami? Saya hanya menulis permohonan utk nafkah 4 org anak ( 1 tahun – 11 tahun ) sebyk RM1600 tapi defendan hanya mengatakan pada hakim ” saya minta dikurangkan bayaran nafkah RM1600 itu ” seterusnya hakim meminta kami berbincang diluar mahkamah. Apakah langkah seterusnya yg perlu saya ambil ? Minta pertolongan & nasihat ustaz atas perkara ini . Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

LOVE IS CINTA

.:: Karena CINTA Kita Selalu Ada ::.

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

DAPUR IZZI

~ My Kitchen Dictionary ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

yogikcahyadhi.wordpress.com/

Not all those who wander are lost.

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

bcrita.com

Bercerita Mengenai Informasi dan Inspirasi Terkini

Didik Rahmadi

Aku menulis untuk ku ingat kembali

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel

Impossible

Selamat Datang, Selamat Menikmati

Agnez Simple But Incredible

A fine WordPress.com site

%d bloggers like this: