:: HUKUM NIKAH :: Suami JANGAN Ikut Sedap Mulut…


2_229

Surah Al-Baqarah pada ayat 229 (2:229) menyatakan: “……Berbaiklah dengan cara yang maaruf atau bercerailah dengan cara yang baik,”.

Pasangan yang mahu bercerai haruslah memutuskan ikatan perkahwinan tersebut dengan cara yang baik. Ini adalah amat penting kerana walaupun ikatan perkahwinan tersebut terlerai, hubungan kekeluargaan antara yang seagama masih lagi wujud. Ini terutama sekali apabila terdapat anak-anak hasil perkahwinan tersebut. Ibu bapa haruslah jujur dan mementingkan tanggung jawab masing-masing terhadap anak mereka.

Ramai para suami melafazkan talak dalam keadaan sedang berang. Kajian sememangnya telah menunjukkan bahawa kebanyakan talak dilafazkan oleh suami ketika dalam keadaan marah.

Ada juga yang bergurau senda dengan ucapan atau lafaz talak. Malah ada yang menganggap dirinya berkuasa penuh sehingga bisa menjadikan talak tersebut sebagai ugutan yang memicu taklik.

Ada satu kisah dimana seorang suami bertengkar dengan si isteri kerana isterinya enggan mengurus keuangan keluarga. Padahal, uang juga tidak punya. Seperti yang kita tahu bahawa urusan keuangan keluarga itu bukanlah tanggungjawab isteri. Tetapi si suami tetap bersikeras memaksa isterinya untuk mengurus uang yang belum ada. Sehingga si suami memberi kata 2 kepada isteri.

“Kalau kamu mahu mengurus keuangan kita, bererti kamu mahu rumahtangga ini tetap utuh, seandainya kamu memilih sebaliknya, maka sebaliknya akan berlaku” Dengan itu si iateri bertanya, “Apakah maksud kamu dengan sebaliknya akan berlaku? Apa kamu berikan saya Taklik untuk jatuhnya talak bagi saya?” suaminya dengan ego menjawab, “Ya, saya berikan kamu taklik.” Si isteri lalu diam beberapa menit, dan akhirnya si isteri memilih untuk tidak mengurus keuangan keluarga. Kerana si isteri mengetahui bahawa mengurus keuangan tu bukanlah tanggungjawab seorang isteri. Apa yang terjadi selepas itu? Talak jatuh dan suaminya kemudian menangisi keputusan dan kata-katanya.

Para suami perlu maklum bahawa untuk jatuh talak ke atas isteri, apa yang perlu dilakukan adalah pelafazan talak tersebut. Ia bukanlah perkara yang boleh dipermainkan atau diambil ringan. Suami mempunyai tanggung jawab ke atas isteri dan keluarga dan seharusnya hanya melafazkan talak dengan cara yang berhemah.

Cara yang berhemah ini adalah melafazkan talak di dalam Mahkamah Syariah.

Di dalam kes yang mana suami telah melafazkan talak di luar Mahkamah Syariah, sama ada secara lisan, tulisan, taklik ataupun sindiran, talak tersebut akan jatuh sekiranya ia jelas atau terang (sarih).

Walaupun begitu, hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan talak tersebut. Ini juga adalah kerana mahkamah mampu untuk melakukan penyiasatan bagi memastikan sama ada lafaz talak suami adalah sah mengikut hukum syarak. Suami dan saksi-saksi akan dipanggil untuk memberi bukti ke mahkamah. Mahkamah juga akan melihat kepada rukun-rukun perceraian atau talak.

Sebagai isteri pula, apabila keliru dengan ucapan suami yang seakan-akan menjatuhkan talak, haruslah dengan segera merujuk ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan kepastian mengenai kedudukan rumah tangga kalian. Perkara ini boleh dilakukan sendiri dan tidak perlu menunggu suami. Sila juga bawa sijil nikah yang asal bagi tujuan permohonan pengesahan.

Sekiranya talak telah jatuh, maka proses untuk berbaik semula adalah dengan cara rujuk.

Oleh kerana sebab ini juga adalah amat perlu bagi para isteri untuk memastikan sama ada talak telah jatuh bagi kali pertama atau kedua. Talak satu dan dua adalah berupa talak rajie iaitu talak yang boleh dirujuk.

Talak bagi kali ketiga tidak boleh dirujuk sehingga isteri berkahwin lain. Isteri harus menjalankan tanggung jawab sebagai isteri dan kemudiannya diceraikan dengan kerelaan tanpa paksaan. Kemudian barulah suami pertama boleh berkahwin semula dengannya dengan akad nikah dan mas kahwin yang baru.

Para isteri haruslah memaklumkan kepada Mahkamah Syariah mengenai lafaz atau ucapan suami tersebut.

Melafazkan talak di luar mahkamah adalah bertentangan dengan undang-undang. Sekiranya suami tersabit atas kesalahan ini maka beliau boleh dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini selaras dengan Seksyen 124 Akta.

2 Responses to :: HUKUM NIKAH :: Suami JANGAN Ikut Sedap Mulut…

  1. NATASIA MAIZA berkata:

    salam…

    Innalillahi wainna ilaihi rojiun….

    zaman sekarang orang bercerai bermacam-macam cara… astaghafirullah…

    lafaz taklik, ini telah depersetujui oleh teman anda. seandainya sudah dipersetujui, maka talak tersebut jatuh seandainya isteri teman anda ini melanggar taklik tersebut. kalau didalam perjanjian lafaz taklik ada tercantum kata-kata talak 2, ya jatuhlah talak 2. dan seandainya sebelum ini teman anda dan isterinya pernah bercerai dengan talak 1, maka sekarang sudah menjadi talak 3. innnalillah…

    sebelum teman anda mempersetujui dan melafazkan taklik tersebut, harusnya beliau sedar akan akibatnya. dan bawalah perkara ini ke pejabat agama terdekat untuk bertanya dan mendapatkan konsultasi dari orang yang arif tentang taklik.

    semoga dapat membantu.

  2. nani76 berkata:

    Salam Ustaz,
    Isteri kawan saya telah memberi syarat sekiranya hendak rujuk, kawan saya mesti membaca lafaz taklik yang telah dibuat oleh isterinya sebaik rujuk. Kawan saya telah bersetuju. Sebaik mereka rujuk, isteri kawan saya terus memaksa suaminya membaca lafaz taklik tersebut dengan keadaan marah dan langsung tiada niat untuk bercerai dengan isterinya. Lafaznya begini “saya ceraikan awak dengan talak 2 sekiranya awak membuat aduan atau laporan dimana jua pejabat agama” . Adakah jatuh talak sekiranya isteri kawan saya membuat aduan di pejabat kadi. Sebelum ini mereka telah bercerai dengan talak 1. Sekiranya jatuh talak, adakah talak 2 atau talak 3? Harap dapat membantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

LOVE IS CINTA

.:: Karena CINTA Kita Selalu Ada ::.

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

DAPUR IZZI

~ My Kitchen Dictionary ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

yogikcahyadhi.wordpress.com/

Not all those who wander are lost.

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

bcrita.com

Bercerita Mengenai Informasi dan Inspirasi Terkini

Didik Rahmadi

Aku menulis untuk ku ingat kembali

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel

Impossible

Selamat Datang, Selamat Menikmati

Agnez Simple But Incredible

A fine WordPress.com site

%d bloggers like this: