WANITA ~ Ibu Kaum Muslimin…


Penghormatan terhadap seorang WANITA jelas terbentang dalam ajaran Islam, Sehingga di dalam al-Quran terdapat surah yang membincangkan tentang WANITA. Betapa besar kurniaan Ilahi kepada mereka yang bergelar WANITA sehingga tidak diabaikan oleh Allah SWT.

”Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (An-Nisaa’ : 1)

An-Nisaa’, sungguh indah bunyinya dan betapa penghormatan itu tidak sekadar bunyinya. An-Nisaa’ bererti ”WANITA” Di dalam surah Al-Ahzab pula diterangkan mengenai hakikat tersebut sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, lelaki dan perempuan Mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah SWT, Allah SWT telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab: 35)

Nabi Muhammad SAW telah memberi contoh dan teladan serta penghargaan kepada kaum WANITA. Lemah lembut dan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap isteri-isteri baginda telah ‘melunakkan’ hati orang-orang zalim pada zaman itu, umpama cahaya yang memancar menembusi ceruk dan liku-liku kehidupan, begitulah baginda memberitahukan.

Sebenarnya, lelaki dan WANITA itu telah diberi hak yang sama dan kewajipan yang sesuai dengan keadaan jasmani dan keperibadian masing-masing. Lelaki yang diberikan kenikmatan bertubuh kuat, sasa dan berkuasa diberi tugas dan amanah untuk memimpin dan melindungi WANITA yang bertubuh lunak, berjiwa halus, dan penuh dengan kasih sayang.

Memang fitrahnya WANITA senang dengan perlindungan, dikasihi, dihormati, dipelihara perasaannya, serta diambil berat tentang kebajikannya. Bagi WANITA pula, tugas melahirkan anak, memelihara dan mendidik adalah perkara biasa yang memang sesuai dengan kemahuan dan fitrah semulajadi yang dikurniakan Allah SWT untuknya.

Tentang perkara ini Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum WANITA, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (WANITA), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka WANITA yang soleh, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). WANITA-WANITA yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

(An-Nissa’: 34)

Walaupun tugas memimpin dan memberi nafkah itu merupakan kelebihan yang diberi kepada kaum lelaki, tetapi tidak timbul sama sekali tentang siapa yang berkuasa dan siapa yang menguasai. Sebab hubungan antara pemimpin dengan yang dipimpin, antara yang memberi nafkah dengan yang diberi nafkah, bukanlah hanya diikat dengan ikatan harta benda dan pengajaran semata-mata, tetapi yang kuat dan teguh mengeratkan ikatan tersebut adalah ikatan ”kasih sayang.”

Dapat juga dijelaskan bahawa dunia akan menjadi kosong tanpa WANITA di dalamnya, sebagai pasangan lelaki untuk memperkembangkan keturunan. Kelahiran seorang WANITA itu memang dinanti-nantikan untuk mengubati kesunyian hati seorang lelaki, iaitu Adam a.s.

Seperti halnya dengan waktu yang diberikan oleh Allah SWT dengan siang dan malam. Namun adakah orang yang tidak menginginkan malam atau ingin menyamakan antara siang dan malam. Jika ada orang yang menginginkan seperti itu, bererti dia mahu merubah ketentuan Allah SWT. Kerana Allah SWT telah menetapkan tugas cahaya siang sebagai sumber kehidupan insan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Serta menetapkan tugas malam sebagai tempat istirehat.

Maka jelaslah bahawa siang ataupun malam mempunyai hubungan yang erat dalam tugas maing-masing kerana itulah Allah SWT memberikan tugas kepada keduany sebagai makhluk yang saling bekerjasama sesuai dengan firman-Nya:

Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?”

Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirahat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Al-Qashash:71-72)

Jika waktu mempunyai pasangan siang dan malam, demikian juga Allah menjadikan manusia itu berpasangan. Masing-masing memiliki tugas selayaknya. Perbedaan ini bukanlah untuk saling berlawana atau merendahkan diantara satu dengan lainnya. Sebaliknya, mereka diciptakan untuk saling melengkapi. 

”Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), dan siang apabila terang benderang, dan penciptaan laki-laki dan perempuan, sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda.” (Al-Lail : 1-4)

Begitulah kehidupan didunia ini bahawa Allah SWT menjadikan laki-laki dan WANITA bukan untuk saling berlawanan namun sebaliknya, untuk saling melengkapi dalam menjalankan kewajipan masing-masing. Sehingga jadilah kehidupan yang harmoni dibina melalui hubungan yang baik diantara kedua makhluk itu (lelaki & perempuan) bagi memenuhi kewajipan secara baik sebagai khalifah Allah SWT.

Oleh hal yang demikian, Allah SWT telah menjadikan Hawa sebagai teman daripada tulang rusuk Adam sendiri. Begitulah Allah SWT memulakan kehidupan seorang WANITA untuk melengkapi kehidupan di dunia ini bagi seorang insan bergelar lelaki, maka jadilah seorang WANITA itu daripada tulang rusuk kiri yang bengkok lagi lemah.

Rasulullah SAW bersabda :

Saling pesan-memesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, kerana mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi dari sahabat Abu Hurairah).

Oleh sebab itu WANITA adalah teman rapat lelaki yang perlu dipimpin kehidupannya dengan penuh kebijaksanaan dan berhati-hati oleh lelaki. Tulang yang bengkok tidak boleh diluruskan secara kekerasan kerana dikhuatiri akan patah dan tidak pula boleh terlalu lembut hingga ia terus bengkok. Ini kerana lemahnya kejadian WANITA, Allah SWT tidak memberatkan dengan tuntutan syariah yang melebihi kemampuannya.

WANITA adalah sebahagian daripada lelaki kerana ia dicipta dari tulang rusuk lelaki sebelah kiri. Ia dikurniakan dengan ‘sembilan’ nafsu dan ‘satu’ akal. Kelemahan WANITA kerana menurut naluri daripada menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan ‘sembilan’ akal dan ‘satu’ nafsu. Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya akan godaan WANITA.

Allah SWT Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hamba-Nya itu berpasang-pasangan. Lelaki dan WANITA saling memerlukan di antara satu sama lain. Sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain. Hanya Allah SWT yang Maha Menilai, sejauh mana mereka berupaya mentaati perintah-Nya dan ajaran kekasih-Nya; Muhammad SAW. Allah SWT telah mengurniakan kepada WANITA dengan berbagai-bagai kelebihan.

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Seorang WANITA yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.” (Riwayat Abu Nuaim)

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Seorang WANITA solehah lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh. Dan seorang WANITA yang melayan suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab.”

Siti Aisyah pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah seorang WANITA yang didatangi haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya, dia membaca ‘Alhamdulillahi ‘alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin’, maka Allah SWT menetapkan baginya bebas daripada neraka, dengan mudah melalui siratul mustakim, aman daripada seksa, bahkan Allah SWT mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah SWT selama haidhnya.”

Subhanallah…

”Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

 

Mudah-mudahan tulisan saya ini bermanfaat kepada semua pembaca… Amin, Insy’Allah…

————————-

Merajut Cinta Dalam Buaian Pena…

Merangkai Kasih Dalam Pautan Kata…

Menyemai Sayang Dalam Untaian Bahasa…

 

Author : Natasia Maiza

Sumber Rujukan : Bunga Idaman Mutiara Syurga ~ WANITA Solehah

 

 

 

Tinggalkan komen

.:: Love Is Cinta ::.

.:: Karena Cinta Kita Selalu Ada ::.

Manusia Jalang

Karyaku adalah aku. Aku adalah karyaku.

Life Photographie

Capturing still moment

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

dapurizzi.wordpress.com/

~ Freshly Homemade Food ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel