PERKAHWINAN WARGANEGARA MALAYSIA DENGAN WARGANEGARA ASING : HAL EHWAL IMIGRESEN


Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia. Selain syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi. (Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin). Prosedur yang berlainan ini juga bergantung kepada situasi warga tersebut.

Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan)
Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon
Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia
Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya)
Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami)
Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir)
Salinan Sijil Kursus Perkahwinan

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.

Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan. Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.

Pemohon juga mestilah mengemukakan salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk, Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen. Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.
Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.

Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.

Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. Pindaan Peraturan Imigresen yang tidak mendiskriminasi terhadap wanita Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing mulai 1 September 2001:

Lelaki warganegara asing yang berkahwin dengan wanita Malaysia dibenarkan memperbaharui pas lawatan social secara tahunan (annual basis).
Wanita warganegara asing yang bercerai atau berpisah dari suami rakyat Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan pas lawatan social secara tahunan (annual basis).

Pendaftaran Perkahwinan Dan Pengupacaraan Perkahwinan Di Luar Negara

Perkahwinan bagi rakyat Malaysia diluar negara boleh didaftarkan jika salah seorang pasangan mestilah warganegara Malaysia. Pendaftaran perkahwinan perlu dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Alamat dan nombor telefon Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar Negeri dibawah topik “Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.

Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah :

Pasport untuk kedua-dua pasangan (asal dan salinan)
Kad Pengenalan
Surat Nikah
Bukti Perkahwinan (spt. Gambar perkahwinan atau kad undangan, jika ada)
Dua orang saksi yang menyaksikan perkahwinan tersebut.
Pendaftaran akan diproses oleh Perwakilan Malaysia dan dua (2) salinan Sijil Perkahwinan Malaysia (asal dan salinan) akan dikeluarkan kepada pasangan berkenaan.

Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, pengupacaraan perkahwinan boleh dilakukan oleh Pegawai Konsul yang telah dilantik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Surat perakuan bujang/duda/janda (bagi kedua-dua belah pihak) adalah diperlukan bagi tujuan tersebut.

18 Responses to PERKAHWINAN WARGANEGARA MALAYSIA DENGAN WARGANEGARA ASING : HAL EHWAL IMIGRESEN

  1. NATASIA MAIZA berkata:

    Kerana selama 20 thn ini, suami ibu anda yg menjamin keberadaan ibu anda di Malaysia. Apabila bercerai, smua pass tdk bs lg renew atas nama suami.

  2. Priscilla Roy berkata:

    Hello. ibu saya seorang warga asing yg suda menetap selama 20 tahun dan ingin bercerai dgn bapa sy seorang yg bengis.
    Akan tetapi imegrisen di sabah tidak membenar kan ibu sya Untuk menyambung kemabli pass lawatannya. knpa begitu?

  3. NATASIA MAIZA berkata:

    Waalaikumsalam…

    Suruh bakal istri buat passport sosial. Flight ke malaysia. Anda serahkan dokumen utk menikah yg anda dptkan dr jabatan agama, serahkan kpd imam dimana anda akan menikah sesuai yg tertulis dlm lembaran kebenaran berkahwin. Konfirmkan tarikh dan masa dgn imam utk akad nikah. Kmudian mintalah bakal istri dtg bersama kluarganya ke tempat yg sdh dijanjikan utk akad nikah.

  4. Suhaimee berkata:

    As’salam’mualaikum. Mohon pencerahan. Saya nak bawa calun isteri warga indon bernikah di negeri selangor. Semua dokumen yg berkaitan calon isteri telah diperolehi termasuk wakalah wali (ayah tak dapat datang). Surat kebenaran nikah dari kedutaan telah diterima oleh calon isteri. Dan saya telah mendapat kebenaran berkahwin dari PAID.Saya nak bernikah di daerah saya dlm negeri selangor. Mohon panduan.terima kasih

  5. NATASIA MAIZA berkata:

    Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh….

    baik.. silakan encik baca prosedur perkahwinan yang sudah saya tuliskan di link berikut ini. Semoga bermanfaat dan dipermudahkan tiap urusan

    https://loveinglass.wordpress.com/2013/03/21/prosedur-perkahwinan-islam-di-malaysia-update/

  6. rifaie berkata:

    assalamualaikum puan. Sblmnyer saya perkenalkan diri nama saya dr mohamad rifaie bin mohd ramli dan saya sblmnyer melanjutkan pengajian tinggi saya di indonesia.. dan saya punya seorang pasangan disana dan saya telah mengambil keputusan setelah berbincang dgn org tua saya untuk melamar pasangan saya ini.plan saya adalah mau menikah di indonesia di kampung halaman pasangan saya ini yaitu di sulawesi selatan disebabkan org tuanya berada disana insyallah desember ini. Cuma saya masih blur tentang prosedur yg harus dilakukan.. boleh x saya nak mintak tlg puan guide saya step by step dari apa yg saya patut buat untuk melaksanakan pernikahan saya di indonesia sehingga ape yg saya patut buat supaya bakal isteri saya dapat mengikuti saya ke malaysia dan dapat memohon sebagai permastautin tetap.. hal ini telah disetujui oleh pasangan saya dan keluarganya. Cuma saya betul2 bingung ape yg saya kene buat.. saya mohon pertolongan puan untuk membantu saya.. kalau boleh puan tlglah reply di email saya paie87kusessians@yahoo.com.. terima kasih banyak sebelumnya..

  7. NATASIA MAIZA berkata:

    sorry albert …
    I can not help for serious stuff like this . If you are still cooling period of 6 months , may be allowed to seduction , but 5 years seems difficult.

    5 years shortly albert . talk with your partner , every month you both can turn met . in neighboring countries maybe

  8. albert berkata:

    Is there no other way to help us back together? Is there no other way to clear the blacklist? I just want be together again with her…..Please help me. …..now I really don’t know what to do. ….being separate for 5 year so cruel to us

  9. NATASIA MAIZA berkata:

    macamana saya nak bantu cik kalau suami cik langgar peraturan NEGARA… kenalah cik ikut peraturan negara dengan baik, kalai pihak imigresen memberikan suami cik cooling period atau masa blacklist kena ikut semua itu utk memudahkan urusan dikemudian hari nantinya….

    biasa cooling period utk pelanggaran udg2 imigresen 3-6 tahun TIDAK DIZINKAN MASUK KE MALAYSIA

  10. NATASIA MAIZA berkata:

    marriage is not a short way to cancel your blacklist status .

    marriage may be done , but to enter Malaysia you still are not allowed until the sentence was finished by law .

    your wife will make the registration of your marriage occurred after

  11. suria berkata:

    Sy telah berkahwin dgn warga asing..masalahnya suami sy diminta balik ke negara asal sebab telah melakukan kesalahan berkahwin menggunakan permit kerja..sy mungkin akn blik ke negara suami bersama suami sy untuk tempoh 6 bln.masalah sekarang sy risau jika suami sy xdapat lg memasuki malaysia…apakah langkah yang perlu sy ambil supaya nanti suami sy senang masuk malaysia bila nak mohon pas lawatan sosial di kedutaan malaysia luar negara…harap dap bantu..

  12. albert berkata:

    We both was not moesliem…but how about the blacklist from the imigration could it be cleared after register our marriage at malaysia?

  13. NATASIA MAIZA berkata:

    You MAY BE MARRIED your female friends in Indonesia that EVEN WITHOUT A POSITION TO GET THE TRUTH OF ISLAM MALAYSIA , and I beg afterwards , when registering marriages in Malaysia , follow all procedures are well …

    Immigration issues blacklist because overstayed , it is official Immigration issues , there is no connection with the problem Enakmen Islamic family law in Malaysia .

    so whatever it is you have to be ready with all konsikuensi , such issues fines for marrying outside the state without religion islam malaysia majlis truth and so on

    cooling period is the waiting time set by the Malaysian Immigration , or any where else for any royal institution cases and procedures . as you have said ( 5 years blacklist ) 5 -year cooling period is the command for you .

  14. albert berkata:

    What is cooling period? That day I ask at the imigration staff at seberang jaya how if I want to married with my girlfriend. …he say…I must married at indonesia. …I cannot married at malaysia. ..he didn’t say I cannot married because I get blacklist. …

  15. NATASIA MAIZA berkata:

    I know and understand that your girlfriend is a Malaysian citizen . However, every wedding is happening with Malaysian citizen , you must follow the procedures set by our country . where couples who are in the blacklist status are not allowed to marry until a later cooling period ceases.

    for what ? because , your girlfriend must turn to submit all his personal documents and procedures to meet your wedding. do not forget , you also have to verify your passport at Malaysia immigration to obtain written permission to marry outside the country .

    getting married abroad without permission from the office of a state religion in Malaysia is a violation of Islamic family law in Malaysia .

  16. albert berkata:

    I was blacklisted for returning to malaysia. …because I overstay my visa for over 1 year….and now I will marry with my girlfriend at here at indonesia. …and my question is….is it possible my blacklist could be cleared after I married with my girlfriend. …is it possible I return to malaysia with her to stay with her at malaysia? She was malaysian citizen. …

  17. NATASIA MAIZA berkata:

    how come you are allow to marry, if you are in the blacklist ?

  18. albert berkata:

    I was indonesian people. …I deported at 8 December from malaysia. …and get 5 year blacklist. … I soon will marry my girlfriend wich was malaysian people at here indonesia. … will my blacklist can be cleared after marriage ? What should I do to clear my name from the blacklist?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

LOVE IS CINTA

.:: Karena CINTA Kita Selalu Ada ::.

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

DAPUR IZZI

~ My Kitchen Dictionary ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

yogikcahyadhi.wordpress.com/

Not all those who wander are lost.

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

bcrita.com

Bercerita Mengenai Informasi dan Inspirasi Terkini

Didik Rahmadi

Aku menulis untuk ku ingat kembali

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel

Impossible

Selamat Datang, Selamat Menikmati

Agnez Simple But Incredible

A fine WordPress.com site

%d bloggers like this: