IMMIGRATION DOCUMENT ~ Permohonan Pekerja Asing


Permohonan Pekerja Asing

1. Jenis-jenis Sektor:

i. Pembuatan

ii. Perladangan

iii. Pertanian

iv. Pembinaan

v. Perkhidmatan

Permohonan kelulusan kuota hendaklah dibuat di Pusat Kelulusan Setempat, Kementerian Dalam Negeri kecuali Pembantu Rumah Asing, tukang masak warganegara Thailand dan penoreh getah di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur tidak memerlukan kelulusan tersebut.

2. Tatacara Permohonan Baru

a. Mendapatkan Surat Kelulusan dan membuat bayaran levi di Pusat Kelulusan Setempat, KDN.

b. Majikan memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) dan Pas Lawatan (Kerja Sementara).

a. Dokumen yang diperlukan untuk memohon:

i. Surat permohonan dari majikan

ii. Borang perakuan permohonan visa dengan rujukan
iii. Surat kelulusan Kementerian Dalam Negeri
iv. Resit asal bayaran levi
v. Borang IMM.12 
vi. Borang bayaran
vii. Borang permohonan VDR pekerja asing baru
viii. Bank draf (Bayaran PLKS, PROSES DAN VISA)
ix Wang cagaran / Insuran Guarantee / Bank Guarantee (sahlaku sekurang-kurangnya 18 bulan)
x. Salinan pasport pekerja
xi. Gambar pekerja (1 keping)
xii. Personal bond yang dimatikan setem
xiii. Laporan pemeriksaan perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari negara sumber

b. Dokumen Tambahan:

i. Salinan borang pendaftaran syarikat (Borang 49/ Borang B&D) / Kad Wakil Syarikat (Kad kuning) untuk Permohonan VDR Pekerja Asing (Majikan / Wakil Syarikat)

ii.Surat kelulusan outsourcing asal pengambilan pekerja asing dan salinan diakui sah sijil outsourcing untuk Permohonan VDR Pekerja Asing (Syarikat Outsourcing)

c. Pekerja Asing hendaklah berada di luar negara sementara permohonan diproses. Pekerja tersebut hanya akan dibenarkan masuk selepas permohonan VDR dan PL(KS) diluluskan. Pintu masuk yang dibenarkan:

i. Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Pekerja asing hendaklah mendapatkan Visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara atau Kemudahan Visa On Arrival (VOA)

ii. Melalui Pintu-pintu Masuk Lain
Pekerja asing dari negara Thailand dan Indonesia hendaklah mendapatkan Visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di Negara berkenaan.
d. Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik/pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA dan disahkan sihat.

e. Mendapatkan Pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara) Di Pejabat Imigresen Negeri Atau Di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya. Dokumen diperlukan:

i. Surat kelulusan asal dari Pusat Kelulusan Setempat, KDN
ii.  Resit-resit asal bayaran yang telah dibuat
iii. Pasport pekerja

* Peringatan: Semua urusan di atas hendaklah dilakukan dalam tempoh sebulan daripada tarikh kemasukan pekerja ke Negara ini.

3. Tatacara Permohonan Lanjutan

i. Permohonan dilakukan di Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat/Pejabat Imigresen Negeri. Majikan perlu memohon 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).
ii. Pekerja asing perlu melakukan ujian pemeriksaan kesihatan dengan FOMEMA dan disahkan sihat (bagi lanjutan tahun kedua dan ketiga sahaja).
iii. Permohonan perlu dihantar atau dimohon oleh majikan.
iv. Dokumen yang diperlukan :
v. Borang 49 / Borang B & D / kad wakil syarikat
vi. Borang bayaran
vii. Pasport pekerja asing yang masih sah tidak kurang 12 bulan
viii. Salinan resit bayaran wang cagaran /Jaminan bank/ Jaminan insuran (tidak kurang daripada 18 bulan)

4. Bentuk bayaran

i. Tunai
ii. Bank deraf atas nama “KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA” dan bagi negeri-negeri atas nama “PENGARAH IMIGRESEN NEGERI” berkenaan. (Contoh : PENGARAH IMIGRESEN NEGERI KEDAH)

5. Maklumat Tambahan

i. Syarikat outsourcing dibenarkan membuat penukaran pekerja-pekerjanya dari satu syarikat ke satu syarikat di dalam sektor yang sama sahaja.
ii. Syarikat outsourcing hendaklah bertanggungjawab mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

* Perhatian:

a. Pekerja Asing mestilah dalam lingkungan umur 18-45 tahun.
b. Pekerja Asing tidak dibenarkan membawa keluarga masuk dan tinggal di negara ini.
c. Pekerja Asing tidak boleh bertukar sektor pekerjaan atau bertukar majikan tanpa mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri.
d. Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun
e. Pekerja Asing dibenarkan tinggal di negara ini mengikut tarikh pas yang telah ditetapkan. Lanjutan tempoh sah laku PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).
f. Majikan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala hal pembayaran deposit, visa, pas dan levi Pekerja Asing di Jabatan Imigresen Malaysia
g. Deposit hanya boleh dibayar balik jika majikan telah mengemukakan bukti bahawa Pekerja Asing telah meninggalkan negara atau telah bertukar majikan dengan kebenaran Jabatan Imigresen.
h. Pekerja Asing hendaklah dihantar pulang ke negara asal sebaik sahaja tamat tempoh bekerja, dibuang kerja atau apabila PL(KS) telah tamat tempoh atau telah dibatalkan atau disahkan tidak sihat.
i. Pekerja Asing tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk tempatan atau pekerja asing yang bekerja di negara ini.
j. Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya Pekerja Asing melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
Kelulusan PL(KS) boleh ditarik balik atau dibatalkan jika ianya bertentangan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

NOTA :

Untuk permohonan pekerja asing di Negeri Sabah dan Sarawak, sila rujuk Pejabat Imigresen Negeri berkenaan.

Bil. Negara Sumber Jumlah Pendapatan majikan(Bersih) Bayaran Sita (Personal Bond)
1. Indonesia RM 3,000.00 RM 250.00
2. Filipina RM 5,000.00 RM 750.00
3. Sri Lanka RM 5, 000.00 RM 750.00
4. Thailand RM 3,000.00 RM 250.00
5. Cambodia RM 3,000.00 RM 250.00
6. India RM 5,000.00 RM 750.00
7. Laos RM 3,000.00 RM 1500.00
8. Vietnam RM 3,000.00 RM 1500.00

2 Responses to IMMIGRATION DOCUMENT ~ Permohonan Pekerja Asing

  1. NATASIA MAIZA berkata:

    Apajah pendatang asing tersebut masih berada di Malaysia?

  2. AlienTan berkata:

    Dengan tamat perniagaan syarikat tersebut, pendatang asing tersebut tidak dapat menyambungkan pemohonon visa selepas itu. Bagaimanakah dia boleh memohon balik visa supaya dapat terus bekerja di Malaysia dengan sah? Sebelum itu, pendatang asing tersebut pernah ditipu oleh banyak majikan yang dikatakan boleh membuat visa bagi mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

LOVE IS CINTA

.:: Karena CINTA Kita Selalu Ada ::.

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

DAPUR IZZI

~ My Kitchen Dictionary ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

yogikcahyadhi.wordpress.com/

Not all those who wander are lost.

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

bcrita.com

Bercerita Mengenai Informasi dan Inspirasi Terkini

Didik Rahmadi

Aku menulis untuk ku ingat kembali

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel

Impossible

Selamat Datang, Selamat Menikmati

Agnez Simple But Incredible

A fine WordPress.com site

%d bloggers like this: