Taraf Kewarganegara Malaysia

April 15, 2015
infant newborn wallpaper desktops cute angel lovely baby
Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan tanpa mengira taraf Warganegara ibu atau bapa orang itu. Namun begitu, apabila seseorang itu lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran negara ini, ianya tidak bererti orang itu akan mendapat taraf Warganegara Malaysia.
Taraf kewarganegaraan seseorang itu adalah berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibubapa kandung orang itu semasa kelahiran tersebut berlaku serta taraf perkahwinan ibubapanya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
Bagi seseorang warganegara asing yang berhasrat untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan.
Secara amnya, mestilah telah bermastautin di Malaysia untuk tempoh yang tertentu, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu.
Bermastautin di Malaysia untuk tempoh yang tertentu, bermaksud seseorang itu perlu terlebih dahulu bermastautin tetap di Malaysia bagi tempoh yang semuanya berjumlah tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam masa dua belas tahun sebelum sahaja tarikh permohonan itu di buat iaitu genap 12 tahun dari tarikh cop bujur di Permit Masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sepertimana yang dinyatakan dalam peruntukan di bawah Perkara 19(3) Perlembagaan Persekutuan.
Lain-lain syarat dan prosidur permohonan, tuan boleh dapatkan maklumat terperinci dengan melayari laman web rasmi JPN (DISINI).
Dimaklumkan juga bahawa memenuhi syarat-syarat tersebut adalah hanya bagi melayakkan permohonan taraf Kewarganegaraan tuan dibuat. Ianya bukanlah bermakna permohonan tersebut mesti diluluskan kerana taraf kewarganegaraan adalah merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia dan ianya bukanlah hak yang mesti diperolehi oleh seseorang yang memohon Warganegara.
Advertisements

Anak WNA Boleh Mohon Kerakyatan Malaysia

April 15, 2015

amazingly-cute-baby1

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memutuskan peraturan baru secara pentadbiran bagi memberi kemudahan kepada wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing memohon taraf warganegara Malaysia bagi anak yang lahir di luar negara tanpa melibatkan pindaan undang-undang.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, melalui mekanisme itu, semua rakyat negara ini sama ada wanita atau lelaki yang berkahwin dengan warga asing, boleh memohon taraf kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya yang dilahirkan di luar negara.

Mekanisme itu, katanya, akan dapat menangani masalah kaum wanita Malaysia yang selama ini mengalami kesukaran untuk memastikan anak hasil perkahwinannya dengan warga asing di luar negara boleh mendapatkan taraf sebagai warga negara ini.

”Kemudahan itu diberikan melalui permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

”Permohonan boleh dikemukakan di pejabat kedutaan di negara kanak-kanak tersebut dilahirkan dan KDN akan melantik Pegawai Konsular di Kedutaan Malaysia luar negara sebagai wakil rasmi menerima permohonan berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa ini, tidak terdapat sebarang peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan taraf kewarganegaraan diberi secara automatik kepada anak yang lahir di luar negara oleh wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing.

Mengikut peruntukan sedia ada, di bawah Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, taraf kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada bapa yang bertaraf warganegara Malaysia.

”Untuk itu, KDN memutuskan peraturan baru secara pentadbiran bagi menyediakan kemudahan kepada wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

”Ibu bapa kepada pemohon hendaklah membuat permohonan secara bersama di dalam borang yang ditetapkan.

”Ini penting bagi mengelakkan pertikaian dan pertindihan taraf kewarganegaraan anak di antara ibu bapa kepada kanak-kanak di kemudian hari dan menjaga imej kerajaan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, ibu bapa anak berkenaan juga hendaklah hadir di hadapan pegawai konsular di pejabat kedutaan Malaysia.

”Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran kanak-kanak,” katanya.

Tambahnya, pemohon yang telah diluluskan taraf kewarganegaraan bagi anaknya turut dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara bersama anaknya untuk memohon sijil warganegara dan MyKid.
Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd


LOVE IS CINTA

.:: Karena CINTA Kita Selalu Ada ::.

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

DAPUR IZZI

~ My Kitchen Dictionary ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

@yogicahyadhi | @jogjarunaway

Travel - Photography - Jogja Trip

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

bcrita.com

Bercerita Mengenai Informasi dan Inspirasi Terkini

Didik Rahmadi

Aku menulis untuk ku ingat kembali

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel

Impossible

Selamat Datang , dan Terimakasih Telah Berkunjung

Agnez Simple But Incredible

A fine WordPress.com site