PROSEDUR PERMOHONAN WALI ENGGAN/ WALI HAKIM

April 21, 2014

prosedur wali enggan

Contoh STEP BY STEP PERMOHONAN NIKAH DENGAN WALI HAKIM dgn NCR

Step 1

Sila isi borang di NCR, kalau yang menggunakan wali hakim, click wali hakim and blank the form for wali, tok kadi and so on.(Klo guna walk-in, mintalah BORANG PERMOHONAN WALI HAKIM/WALI ENGGAN kat kerani JAI yang bertugas)

Step 2

Bila borang permohonan lelaki dah siap, print borang korang (permohonan perempuan) and bawak 2 orang saksi (lelaki, jiran atau kawan) pergi jumpe jurunikah, sign borang permohonan depan juru nikah – ini untuk pengesahan borang je. (Sabtu& Ahad pon boleh)

Step 3

Bawak borang permohonan lelaki & permohonan perempuan (termasuk form yang tak lengkap – form wali dan tok kadi) ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) tempat korang. Mohon borang wali hakim. – yang ni makan mase 2 hari. (Waktu Bekerja)

Step 4

Bile PAID dah luluskan borang permohonan nikah, diorang akan bagi 3 borang

  • (TIADA WALI NASAB/MUAALAF/WALI ENGGAN)
  • Borang MS3
  • Borang Afidavit
  • Borang Maklumat Diri

Step 5

Sila isi dan kemukakan pada pihak mahkamah syariah (tolong pakai longgar-longgar sikit baju – hormat tok2 imam & tuan hakim kat sane):

  • 2 set Copy of borang permohonan lelaki
  • 2 set copies of borang permohonan perempuan
  • 2 set copies of sijil kematian ayah
  • 2 set copies of sijil nikah ibu bapa
  • 2 copies of ic
  • 2 copies of birth certificate
  • Bagi 2 nama saksi (LELAKI) untuk angkat sumpah

Balik la rumah dulu, tunggu sampai diorang call buat appointment untuk angkat sumpah

Step 6

Once diorang dah call bagi tarikh, ambil cuti sebab appointment angkat sumpah pada hari bekerja

  • Sila datang awal
  • Sila bawak 2 saksi yang paling dekat dengan kita
  • Bawak Original Cert of
  1. I/C
  2. Sijil Kelahiran
  3. Sijil Kematian Ayah
  4. Sijil Perkahwinan Ibu & Ayah

Bila dah sampai turn, hakim akan tanya kenapa nak mintak wali hakim/wali enggan, so alasan kene kukuh n tally dengan alasan saksi.

Tunggu hakim signed the approval document, pastu dah boleh pass pada PAID dan bagi tarikh pd PAID. PAID akan bagi borang original nikah, sila isi nama anda dan pasangan untuk kegunaan hari nikah

Step 7

Tunggu hari nikah. Buat solat istikharah & taubat.  Baca Bismillah dan jangan lupa bawak borang original nikah OK…

SELAMAT BERJUANG ANAK MUDA 🙂

Advertisements

Poligami Di Selangor – Perlukah Suami Minta Izin Isteri?

Mac 18, 2013

Terdapat dua ayat al-Quran yang membincangkan isu poligami. Surah Al-Nisa’, ayat 3 menyatakan:

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka berkahwinlah dengan perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (Antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…Yang demikian itu adalah lebih dekat, (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Kemudian dalam ayat 129 surah yang sama, Allah berfirman seterusnya;

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu, sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).”

Menurut dua ayat di atas, poligami lebih dilihat kepada satu tanggungjawab dan sekatan untuk memastikan keadilan terhadap balu dan anak-anak yatim. Tetapi poligami yang berlaku sekarang kebanyakannya adalah tidak menurut asas ini.

Mengikut perundangan syariah di Malaysia, kaum lelaki dibenarkan berpoligami tetapi beliau haruslah memenuhi beberapa syarat. Setiap negeri mempunyai syarat yang berbeza berkaitan poligami. Contohnya di negeri Perak, suami yang hendak berpoligami tidak perlu memohon kebenaran mahkamah. Tetapi lain halnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Di kedua-dua negeri ini, suami yang ingin berpoligami hendaklah mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Di Selangor, seorang suami yang ingin memohon untuk kebenaran berpoligami perlu mengikuti sesi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan untuk mendapatkan panduan berumah tangga. Beliau harus mengisi borang IB, iaitu borang permohonan berpoligami dan membuat Akuan Bersumpah dengan membawa dua orang saksi lelaki. Mahkamah Syariah akan memberi satu tarikh bagi membicarakan permohonan suami.

Ini menurut seksyen 23 Undang-Undang Keluarga Islam (negeri Selangor) 2003. Dalam mendapatkan kebenaran mahkamah, ada beberapa faktor yang akan dipertimbangkan. Menurut seksyen 23(4) faktor-faktor yang dipertimbangkan ini antaranya adalah mengapa poligami itu patut dan perlu, pendapatan suami, tanggungannya, yang sedia ada dan yang akan ditanggungjawabkan dan sama ada izin atau pandangan isteri sedia ada telah diperoleh.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah Mahkamah Syariah akan juga mengambil kira perasaan isteri dalam perkahwinan poligami yang dirancang oleh suami. Ia bukanlah bermakna bahawa sekiranya isteri sedia ada tidak bersetuju, Mahkamah Syariah akan turut tidak bersetuju. Persetujuan isteri hanyalah salah satu perkara yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah. Mahkamah Syariah masih boleh memberi kebenaran bagi suami untuk berpoligami sekiranya isteri sedia ada tidak bersetuju ke atas permohonan poligami suami.

Salah satu seksyen (5) yang baru di dalam enakmen ini adalah Mahkamah Syariah hendaklah memanggil suami, isteri sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana pihak yang mahkamah fikir patut untuk memberi keterangan tentang perkahwinan poligami ini.

Perkara ini membolehkan perkahwinan ini diketahui oleh semua pihak yang terbabit dan tidak berada di dalam keadaan rahsia. Ia dapat mengelakkan kes-kes di mana isteri sedia ada tidak mengetahui suami telah berkahwin lain, suami yang menipu mengenai status kahwinnya yang sebenar kepada bakal isteri, suami berbohong dalam borang permohonan kahwin dan ketidakadilan ke atas anak-anak kerana tidak mendapat nafkah secukupnya.

Adalah wajar bagi mahkamah untuk memanggil isteri sedia ada bagi memberi keterangan terhadap permohonan poligami suaminya. Ini kerana isteri sedia ada sudah bertahun-tahun bersama suaminya dan dia lebih arif terhadap prilaku suami daripada orang lain. Tentu sekali sekiranya suami adalah seorang yang suka mendera, menipu atau berbohong dia tidak layak untuk berpoligami.

Persoalan kemampuan suami untuk berlaku adil antara isteri-isteri adalah penting untuk ditentukan dan tiada siapa yang lebih layak memberi pandangan selain daripada isteri sedia ada. Suami yang mahu berpoligami haruslah tidak menganggu nafkah keluarga sedia ada.

Dalam kes Rajmah Lwn Abdul Wahab (1990) 7 JH 171, Jawatankuasa Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak permohonan poligami kerana suami telah gagal untuk membuktikan kemampuan kewangannya untuk berpoligami.

Sememangnya terdapat kes di mana suami tidak memberitahu isteri sedia ada mengenai permohonan poligaminya. Sekiranya suami berkahwin di luar negara maka dia hanya perlu mendaftarkan perkahwinan poligami tersebut.

Proses pengesahan adalah berlainan dari perbicaraan poligami dan isteri sedia ada tidak perlu dipanggil untuk hadir.
Juga sekiranya suami berkahwin di negeri lain dari tempat dia tinggal, contohnya sekiranya dia menetap di Selangor dan memohon untuk berkahwin di Perlis. Undang-undang Syariah di Malaysia adalah berdasarkan tempat dan bermakna keperluan syarat yang ada di Selangor adalah tidak terpakai di Perlis. Oleh itu, isteri sedia ada tidak perlu dipanggil.

Justeru adalah perlu bagi keseragaman undang-undang syariah di Malaysia, bersamaan dengan undang-undang sivil. Apalagi kita merupakan satu Negara dan oleh itu tidak perlu adanya berlainan undang-undang syariah di setiap negeri. ia juga memudahkan masyarakat Islam kita.


Prosedur Permohonan POLIGAMI

Mac 18, 2013
Poligami Print
MAKLUMAT UMUM
Allah Ta’la telah berfirman dalam Surah An Nisa’: ayat 3 yang bermaksud:
 Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
– Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
– Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
– Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
– Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI
* Dapatkan Borang 2B Di JAIS/PAID atau Mengisi Permohonan Secara Online Di Alamat htttp://ncr.jais.gov.my
* Lengkapkan Borang dan Lampirkan Dokumen Sokongan.
* Dapatkan Pengesahan Dari Penolong Pendaftar Nikah Kariah.
* Dapatkan Sokongan Berkahwin dari PAID.
* Daftarkan Permohonan Di MAHKAMAH TINGGI SYARIAH .

DOKUMEN SOKONGAN
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) pemohon.
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) isteri / isteri-isteri sedia ada .
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) bakal isteri.
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) wali kepada bakal isteri.
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) 2 orang saksi.
* Rekod Ujian Saringan HIV (Hanya di klinik kerajaan sahaja.)
* Borang 1 (Akaun Pengesahan Pemastautin) yang disahkan oleh Nazir Masjid/ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan/ Pengerusi JKKK/ Penghulu Mukim/ Pegawai Kumpulan
A (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam MyKad)
* Salinan Surat Perakuan Nikah/ Surat Perakuan Rujuk.
* Salinan MyKad / Surat Beranak Anak-anak.
* Surat / Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara baru).
* Salinan Slip Gaji Akhir / penyata Akaun Simpanan Bank yang diperakui / Akaun Sumpah jumlah pendapatan pemohon.
* 3 set Salinan Borang 2B dan dokumen sokongan.

MAKLUMAT TAMBAHAN
 1. a) Borang 2B ini hanya untuk pemohon yang beralamat MyKad atau bermastautin di Negeri Selangor sahaja.
b) Kadar bermastautin adalah 4 bulan atau lebih walaupun alamat MyKad di luar Negeri Selangor.
c) Kelayakan bermastautin adalah apabila memperolehi pengesahan bermastautin dari Nazir Masjid/ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pegawai Kumpulan A (Hanya pengesahan dari jawatan yang disenaraikan sahaja diterima).
 2. a) Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap menggunakan huruf besar dan berdakwat hitam atau biru tanpa ditandatangani dahulu.
b) Setiap kesalahan perkataan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas atau diganti dengan borang baru.
c) Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.
d) Pastikan dokumen sokongan adalah betul, mencukupi, dan dilampirkan bersama dengan borang sebelum berjumpa PPN. Jangan palang/tandakan setiap dokumen sokongan dengan sebarang tulisan.
 3. a) Pemohon dan 2 orang saksi hendaklah berjumpa dengan PPN di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin.
b) Jika ketiadaan PPN, pemohon dan 2 orang saksi hendaklah hadir ke PAID.
c) Syarat 2 orang saksi ini hendaklah lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan mengenali status pemohon. Pastikan tandatangan pemohon dan 2 orang saksi dibuat di hadapan PPN.
d) Pastikan PPN telah membuat pengesahan dengan bukti tandatangan, tarikh dan cop rasmi pada borang pemohon.
 4. a) Setelah sempurna pengesahan PPN, pemohon hendaklah hadir ke PAID di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan sokongan dan pengesahan.
b) 2 orang saksi tidak perlu di bawa bersama ketika berususan di PAID.
c) Setelah mendapat pengesahan PAID, pemohon perlu mendaftarkan permohonan ke MAhkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor.
d) Jika Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor memberi Surat Kebenaran berkahwin, sila rujuk semula Pejabat Agama Islam untuk urusan lanjut berkaitan pernikahan.

 5. a) Surat Kebenaran Berkahwin yang diperolehi kemudiannya hendaklah disertakan kepada pihak perempuan untuk tindakan seterusnya.

Prosedur Perkahwinan Islam ~ Dokumen Yang Di Perlukan Pihak Lelaki / Suami (Bukan Warganegara)

Mac 18, 2013

PROSEDUR PERKAHWINAN MENURUT UNDANG-UNDANG ENAKMEN KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

dokumen yang diperlukan bagi pihak suami (bukan warganegara) :
-salinan pasport
-surat keterangan diri dari pihak agama/berkuasa negara asal (dapatkan surat dari RT/Rw kemudian bawa ke Departemen agama KUA, dari sini pasangan akan mendapatkan surat izin tumpang menikah di malaysia.)
-Bagi pemohon duda- sertakan Akuan Perceraian atau sijil kematian
-Surat kebenaran daripada Kedutaan Indonesia di Malaysia
-Kursus perkahwinan (pasangan anda walaupun berwarganegara asing, dia juga wajib mengikuti kursus perkahwinan sm spt warganegara malaysia lainnya… ini sudah dikuatkuasakan pada tahun 2001… )
-Borang pemeriksaan HIV

setelah kursus baru beli borang permohonan nikah, 2 set utk anda dan bakal suami, then baru g periksa HIV)

kemudian anda harus ke bahagian Undang2 Syariah di Jabatan Agama
-dapatkan Surat permohonan pengesahan Pasport (utk bakal suami)
-lakukan pengesahan pasport bakal suami anda di Jabatan Imigresen Malaysia

Bawa semua dokumen ke bahagian Undang2 Syariah di Jabatan Agama
-submit dokumen anda dan bakal suami
-dapatkan surat kebenaran berkahwin (surat ini hanya akan dikeluarkan pihak agama malaysia setelah semua dokumen anda lengkap dan tidak bermasalah)

Setelah itu anda harus ke Kaunter semakan dan temubual (pejabat Agama islam Daerah)
-sesi temubual di pejabat agama daerah,
-BORANG 3 DIKELUARKAN – KEBENARAN MENIKAH (setelah semua dokumen dan sesi temubual dijalani dengan lengkap)
-Beli BORANG 6 (PERMOHONAN MENDAFTARKAN PERNIKAHAN)
-Beli BORANG 8 (SIJIL NIKAH)

-jumpa jurunikah/imam mukim utk urusan selanjutnya (AKAD NIKAH)
-hadir ke pejabat agama untuk mengambil sijil nikah yang sudah siap sekitar 3 hari setelah akad nikah
——————————————-

untuk menikah di setiap daerah atau negeri di malaysia…
-anda harus berdomisili sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum memohon untuk menikah…kurang dari itu adalah tidak dibenarkan…
-anda harus mendapatkan surat/bukti menetap dari ketua kampung di tempat anda mahu menikah (dimana sahaja di setiap daerah / negeri di malaysia) kerana alamat yang tertera di IC anda adalah alamat tempat anda tinggal menetap.


Prosedur Perkahwinan Islam ~ Dokumen Pasangan Dari NEGARA PASANGAN BERASAL/WARGANEGARA ASING

Mac 18, 2013

PROSEDUR PERKAHWINAN MENURUT UNDANG-UNDANG ENAKMEN KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Dokumen Pasangan Dari NEGARA PASANGAN BERASAL/WARGANEGARA ASING :

– Salinan Pengenalan Diri & Paspor
– Surat Keterangan Diri dari PIHAK BERKUASA AGAMA NEGARA ASAL
– Surat Pemohonan Menikah di luar Negeri
– Surat Kebenaran Berkahwin
– Bagi pemohon DUDA/JANDA – sertakan surat AKUAN PERCERAIAN atau SIJIL KEMATIAN & SIJIL NIKAH
– Bagi pemohon POLIGAMI – sertakan surat AKUAN KEBENARAN DARI ISERI & SIJIL NIKAH
– Surat WAKALAH WALI bagi perempuan (JIKA WALI TIDAK BISA HADIR SEMASA PERNIKAHAN)
– Surat Kebenaran dari KEDUTAAN KONSULAT DI MALAYSIA

### PASTIKAN SEMUA DOKUMEN ANDA JUGA SUDAH LENGKAP. SILA BELI BORANG PERNIKAHAN ANDA DI PEJABAT AGAMA ISLAM YANG BERDEKATAN .

Dokumen Pasangan anda yang harus didapatkan dari MALAYsia :

– KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM – SIJIL
– BORANG PEMERIKSAAN HIV dan PEMERIKSAAN dilakukan DI KLINIK/HOSPITAL KERAJAAN
– Dapatkan SURAT MOHON PENGESAHAN PASPORT
– Dapatkan PENGESAHAN PASPORT di JABATAN IMIGRESEN di DAERAH ANDA (MALAYSIA)
– Ke bahagian UNDANG_UNDANG SYARIAH Di tempat ANDA – Dapatkan Surat Kebenaran Menikah
– Bawa semua dokumen anda & pasangan ke PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH – Submit dokumen anda dikaunter semakan dan sesi temubual
apabila sudah lengkap/ borang 3 (KEBENARAN BERKAHWIN) dikeluarkan
– Kemudian and MUKIM TEMPAT PERNIKAHAN UTK URUSAN SELANJUTNYA (Akad Nikah)


Pengesahan Taraf Kewarganegaraan

November 29, 2012

PENERANGAN PERMOHONAN

(a) Kelahiran Dalam Negeri dan di Luar Persekutuan

Bahagian 1, Perkara 1 14(1)(a), Perlembagaan Persekutuan.

  • Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi orang-orang yang lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963).

Bahagian 2, Perkara 14(1)(b), Perlembagaan Persekutuan.

  • Kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963).
  • Pemohon dan sabjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).
  • Pemohon adalah:
    1. Bapa atau Ibu
    2. Penjaga atau saudara mara terdekat.
    3. Sabjek sendiri.
  • Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

 

Baca baki entri ini »


LOVE IS CINTA

.:: Karena CINTA Kita Selalu Ada ::.

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

DAPUR IZZI

~ My Kitchen Dictionary ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

@yogicahyadhi

Travel - Photography - Everything

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

bcrita.com

Bercerita Mengenai Informasi dan Inspirasi Terkini

Didik Rahmadi

Aku menulis untuk ku ingat kembali

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel

Impossible

Selamat Datang , dan Terimakasih Telah Berkunjung

Agnez Simple But Incredible

A fine WordPress.com site